Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Hadiah Aidilfitri, Azeem raih tempat kedua 100m

podiumontour March 23, 2026 1 minute read
Azeem Fahmi

AZEEM berjaya mencatat masa 10.33s untuk memenangi pingat perak 100m Yellow Jacket Invitational hari ini (21 Mac).

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi membuka kempen 100 meter (m) langkah kanan apabila meraih tempat kedua Yellow Jacket Invitational.

Walaupun mencatat masa 10.33 saat (s), tetapi Azeem tetap menganggapnya satu kepuasan kerana ini adalah perlumbaan 100m pertama di Amerika Syarikat.

“Alhamdulillah. Permulaan yang baik terutamanya selepas berpuasa,” kata Azeem kepada Podium On Tour.

Ini menjadi hadiah Aidilfitri terbaik buat Azeem yang sekali lagi menyambut 1 Syawal di perantauan, jauh dengan keluarga tersayang buat tahun keempat berturut-turut.

Tempat pertama dimenangi Cameron Crump dengan masa 10.20s dan Makanakaishe Charamba meraih tempat ketiga menerusi catatan 10.34s.

Lebih menarik, Azeem berjaya menewaskan Charamba, rakan sepasukannya di Universiti Auburn yang cukup berpengalaman kerana pernah beraksi di separuh akhir 200m Sukan Olimpik Paris 2024 dan Kejohanan Dunia 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – AUBURN UNIVERSITY

Post navigation

Previous: Enam mata bersejarah Hakim Danish di GP Brazil
Next: Panahan Fatin luar biasa, pecah 2 rekod Malaysia

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.