Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Fitri percaya tiada yang mustahil buat Speedy Tigers

podiumontour August 12, 2026 2 minutes read
Fitri

FITRI (kiri) bertekad membuktikan bahawa dia masih relevan buat Speedy Tigers di pentas Piala Dunia kali ini. - MHC

BINTANG Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Mohd Fitri Saari percaya mereka tetap mempunyai peluang untuk mencipta kejutan di pentas Piala Dunia 2026 di Wavre, Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini.

Semangat arkitek tengah berusia 33 tahun itu juga cukup tinggi untuk membantu Speedy Tigers di Wavre, Belgium selepas namanya tersisih ketika edisi 2023 yang diadakan di Bhubaneswar-Rourkela, India.

“Kita satu kumpulan dengan juara bertahan, Jerman; juara Liga Pro FIH, Belgium dan juara Piala Negara-Negara 2026-26, Perancis, jadi agak sukar sebenarnya tetapi kita akan cuba yang terbaik.

“Kita akan cuba lakukan kejutan ke atas mana-mana pasukan terutamanya Jerman dan Perancis kerana kita tahu tahap mereka di mana, cuma Belgium agak susah.

“Tiada yang mustahil, paling penting kita kena manfaat setiap peluang, perlu lebih klinikal dalam D dan tingkatkan cara membuat keputusan. Kalau kita dapat satu atau tiga mata, ia sudah cukup membanggakan buat kita,” katanya.

Dalam masa sama, Fitri juga mahu menjadikan aksi di Arena Hoki Belfius itu sebagai pentas membuktikan dirinya masih relevan beraksi di pentas tertinggi buat Speedy Tigers.

“Piala Dunia sebelum ini saya tak beraksi, jadi sekarang saya lebih bersemangat untuk bermain dan harap dapat berikan persembahan yang terakhir buat pasukan kebangsaan,” jelasnya.

Pada edisi 2023, Jerman berjaya menewaskan Belgium 5-4 menerusi penentuan penalti shoot-out setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam perlawanan akhir, manakala Malaysia dan Perancis menamatkan kempen di kedudukan ke-13.

Speedy Tigers akan membuka tirai Piala Dunia dalam saingan Kumpulan B menentang Jerman pada 15 Ogos diikuti Perancis (17 Ogos) dan Belgium (20 Ogos). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Qaisara Qistina, Fitrah Nadhia atau penyumbang 28 gol
Next: Jerman juara bertahan Piala Dunia, Kejohanan Eropah

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.