Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers

podiumontour October 30, 2026 2 minutes read
speedy tigers

AZRAI (tengah) meledak dua gol dalam kemenangan 6-1 ke atas Bangladesh hari ini. - ASIAN HOCKEY FEDERATION

SKUAD hoki negara meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Bangladesh 6-1 hari ini.

Selepas membuka kempen dengan kemenangan ke atas China sebelum menundukkan Korea dalam perlawanan kedua, Speedy Tigers sekali lagi tampil meyakinkan untuk meneruskan momentum positif di Punjab, India.

Bangladesh menjadi mangsa ketiga Malaysia dalam aksi liga satu pusingan, dengan skuad negara mempamerkan ketajaman di hadapan gol menerusi enam jaringan yang dihasilkan.

Azrai Aizad Abu Kamal membuka akaun jaringan Malaysia menerusi gol padang pada minit ke-14 sebelum menggandakan kelebihan Speedy Tigers melalui pukulan sudut penalti (PC) lapan minit kemudian.

Bangladesh cuba bangkit apabila Amirul Islam merapatkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-26. Namun, Malaysia pantas memberikan respons apabila Akhimullah Anuar Esook meledak gol ketiga negara pada minit ke-29.

Rentak jaringan diteruskan Azimuddin Syakir Kamaruddin pada minit ke-32 sebelum Shello Silverius menambah derita Bangladesh dengan gol padang seminit kemudian untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 5-1.

Malaysia terus mengawal kelebihan sebelum Nik Aiman Nik Rozemi melengkapkan kemenangan 6-1 menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-50.

Ketua jurulatih skuad negara, Brendon Carolan, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, khususnya dalam tempoh 15 hingga 20 minit pertama perlawanan, selain keupayaan mereka mengawal permainan dengan baik.

Bagaimanapun, beliau melihat masih ada ruang untuk Malaysia memperbaiki penyudah dan memanfaatkan lebih banyak peluang yang terhidang.

“Secara keseluruhan, saya rasa pemain mengawal permainan dengan cukup baik. Mungkin ada beberapa peluang yang boleh menghasilkan gol, tetapi saya gembira dengan persembahan mereka,” katanya. – PODIUM ON TOUR

FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
Next: Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak

Related Stories

Azimuddin Speedy Tigers
  • Hoki

Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak

podiumontour October 31, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026

Recent Posts

  • Ledak 3 gol, keyakinan Azimuddin makin memuncak
  • Giliran Bangladesh jadi mangsa amukan Speedy Tigers
  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.