Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026 2 minutes read
Young Tigers

SAFWAN (kiri) berjaya menghasilkan satu jaringan dalam empat perlawanan Piala Emas Muruggapa. - MCC MURUGAPPA GOLD CUP

BERAKSI dengan hanya 12 pemain bukan sesuatu yang mudah tetapi ia memberi satu pengalaman berharga buat skuad hoki remaja negara meskipun terlepas slot separuh akhir Piala Emas Murugappa di Chennai, India ketika ini.

Young Tigers kehilangan lima pemain kerana kecederaan selain faktor kepenatan menjadi antara faktor kekalahan 2-4 kepada Indian Navy dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Major Radhakrishnan semalam.

Namun, ketua jurulatihnya, Nor Saiful Zaini Nasiruddin tetap berpuas hati dengan keseluruhan prestasi anak-anak buahnya biarpun tidak cukup rehat terus ‘terbang’ ke India sejurus menjuarai Piala Sultan Johor (SOJC) 2026 pada Sabtu lalu.

Young Tigers

“Saya dah beritahu sebelum ini bahawa saya jangkakan kita masih boleh bertahan untuk perlawanan pertama dan kedua tetapi aksi ketiga serta keempat kita akan out (kepenatan).

“Hari ini (semalam) lima pemain kita cedera tak boleh main, jadi kita bermain dengan 12 pemain dan kalah 2-4. Namun, saya puas hati keseluruhan di sini.

“Kita banyak bertahan dan kurangkan menyerang sebab tak mahu kena serang balas, jadi bila ada peluang, kita akan naik untuk menyerang,” katanya kepada Podium On Tour.

Biarpun beraksi dalam keletihan, skuad muda negara yang menamatkan penantian 15 tahun menjuarai SOJC sejak kali terakhir pada 2011, masih berjaya memberikan tentangan sengit dalam empat perlawanan di sana.

Young Tigers

Young Tigers menang 2-1 ke atas SAI – Ncoe Bhopal, manakala tewas 0-1 kepada Bharat Petroleum Corporation Ltd; 2-4 Hockey Unit of Tamil Nadu dan 2-4 Indian Navy.

“Kalau tengok dari satu sudut dengan persediaan rapi, tiada kecederaan, kita boleh cabar mereka lebih baik. Kita juga ada banyak peluang dan boleh menang sebenarnya.

“India pasukan yang baik dengan pemain-pemain senior berpengalaman. Jadi tahun depan kalau kita datang sini lagi, kita kena lakukan persediaan rapi kerana kita boleh mencabar,” tambah Nor Saiful.

Dari sudut positif, ini adalah pengalaman yang cukup berharga buat Young Tigers dalam persediaan sebelum turun menghadapi kejohanan utama, Piala Dunia Remaja 2027 tahun depan. – PODIUM ON TOUR

FOTO – MCC MURUGAPPA GOLD CUP

Post navigation

Previous: Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

Related Stories

Faizal Speedy Tigers
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang

podiumontour October 28, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.