Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut

podiumontour October 29, 2026 2 minutes read
Faizal Speedy Tigers

SKUAD hoki senior negara mengekalkan rekod kemenangan bersih ke atas Korea Selatan dalam tiga pertemuan antara mereka tahun ini dengan kali ini menang 3-1 pada aksi Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 di Punjab, India hari ini.

Kejayaan itu juga membolehkan Speedy Tigers mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen ACT 2026 selepas menewaskan China 5-4 pasa aksi pembukaan kelmarin.

Ketua jurulatihnya, Brendon Carolan gembira dengan peningkatan ditunjukkan para pemain yang berjaya mengawal permainan, mengekang Korea Selatan dalam kebanyakan situasi hari ini.

“Saya fikir kami mempamerkan aksi terkawal dan secara keseluruhan, saya berpendapat kami menunjukkan prestasi yang agak baik.

“Saya rasa kelebihan kami dari segi serangan dan bertahan pukulan sudut penalti juga lebih baik hari ini. Jadi, saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pasukan,” katanya.

Tiga gol Speedy Tigers diperoleh menerusi jaringan padang Azimuddin Syakir Kamaruddin pada minit ke-10, pukulan sudut penalti Akhimullah Anuar Esook (m-36) dan gol padang Faizal Saari (m-50).

Korea Selatan yang tewas dua kali kepada skuad negara dalam tahun ini di Piala Negara-NegaraF FIH dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, terpaksa berpuas hati dengan satu gol hasil jaringan padang Song Haeseong pada minit ke-31.

Speedy Tigers yang kini melonjak satu anak tangga ke ranking 13 dunia, akan meneruskan aksi ketiga ACT 2026 menentang Bangladesh esok.

Atas kertas, skuad negara sepatutnya tiada masalah untuk menang kerana tidak pernah kalah dalam semua lima pertemuan terdahulu termasuk menang 4-1 pada Piala Asia 2025.

“Kami perlu hormati setiap pasukan. Bangladesh mempunyai beberapa situasi pukulan sudut penalti serta pemain individu yang perlu diberi perhatian.

“Jadi kami tidak boleh terlalu bergantung pada keputusan perlawanan terdahulu. Kami hanya perlu memastikan tugas diselesaikan dengan baik esok sebelum mendapat sehari untuk berehat dan memulihkan kecergasan,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

FOTO – ASIAN HOCKEY FEDERATION

Post navigation

Previous: Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
Next: Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers

podiumontour October 30, 2026
Adib TNB
  • Hoki

Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar

podiumontour October 29, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang

podiumontour October 28, 2026

Recent Posts

  • Penat, cedera, tinggal 12 pemain, ujian mahal Young Tigers
  • Speedy Tigers kalahkan Korea Selatan kali ketiga berturut
  • Kepakaran jurulatih TNB bantu gilap bakat Adib Amsyar
  • Izzatul Musfirah, inspirasi terbaik buat ‘pelajar-atlet’
  • Keletihan jejas penyudah, Young Tigers tetap menang
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.