Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Juara dunia woodball sandaran Malaysia

podiumontour December 8, 2025 2 minutes read
rinda woodball

RINDA pernah memenangi Piala Dunia Woodball di Saoxing, China pada tahun lalu.

JUARA dunia woodball, Nor Rinda Ramli enggan menjadikan statusnya sebagai jaminan pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila acara itu bermula di Chonburi pada 10 Disember.

Ini disebabkan woodball baru kali pertama dipertandingkan dalam temasya dwitahunan itu yang mula dianjurkan pada 1959 di Bangkok ketika masih dengan nama Sukan SEAP.

Perubahan beraksi acara fairways juga menjadi antara faktor Rinda, 40, tidak mahu terlalu yakin berbanding kategori singles ketika menjuarai Piala Dunia Woodball di Shaoxing, China tahun lalu.

Begitupun, Rinda tekad memberikan persembahan terbaiknya bagi membuktikan Malaysia selayaknya dianggap sebagai kuasa woodball Asia Tenggara, sekali gus mengembangkan sukan itu di rantau ini.

RINDA bersama rakan sepasukannya yang akan beraksi dalam acara fairways berpasukan berlepas ke Bangkok semalam.

“Sudah tentu ada tekanan bila turun dengan status juara dunia sebab ramai mengharapkan keputusan yang baik. Namun, saya anggap tekanan itu sebagai motivasi.

“Saya cuba fokus persediaan dan proses permainan, bukan semata-mata pada harapan orang lain. Saya juga banyak bergantung pada sokongan pasukan, jurulatih dan rakan sepasukan.

“Kami saling kuatkan semangat supaya tekanan itu bertukar menjadi tenaga positif. Kami berharap dapat memburu pingat buat kontinjen negara,” kata Rinda yang merupakan kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu.

Secara keseluruhan, woodball menawarkan enam pingat emas dalam acara single stroke lelaki dan wanita; stroke berpasukan lelaki dan wanita serta fairways berpasukan lelaki dan wanita.

Sebagai rekod, Rinda yang mula menceburkan diri dengan sukan woodball empat tahun lalu, menakluk Piala Dunia Woodball 2024 selepas menewaskan wakil China, Lei Chensa menerusi kemenangan 5-3. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Anak ibu tunggal raih Pingat Emas Razlan Putra
Next: Pingat pertama Sukan SEA bakar semangat

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.