Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress tunggu Nations Cup 2 FIH

podiumontour March 18, 2026 1 minute read
negara

SKUAD hoki wanita negara kekal dengan jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim. - FIH

ALANGKAH seronoknya jika skuad hoki wanita negara dapat beraksi dalam Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup) 1 2026 kerana berdepan lapan negara handalan dunia di Auckland, New Zealand dari 15 hingga 21 Jun nanti.

Lapan negara berkenaan adalah New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Chile, Scotland, Perancis dan India.

Buat masa ini, Malaysian Tigress masih menanti tarikh sebenar dan lawan-lawan bakal dihadapi untuk saingan Nations Cup 2 yang akan diumumkan nanti.

Malaysian Tigress perlu menjuarai Nations Cup 2 untuk dinaikkan pangkat beraksi di Nations Cup 1, namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana lawan di peringkat kedua juga berkelas antarabangsa.

Skuad wanita kali pertama beraksi di Nations Cup edisi 2024/2025 di Walcz, Poland berakhir di kedudukan ketujuh selepas menang penentuan shoot-out 4-3 setelah terikat 1-1 dengan Afrika Selatan. – PODIUM ON TOUR

Kedudukan akhir Nations Cup 2 2024/2025:

Juara – Perancis
Naib juara – Uruguay
Tempat ketiga – Wales
Tempat keemapt – Poland
Tempat kelima – Republik Czech
Tempat keenam – Itali
Tempat ketujuh – Malaysia
Tempat kelapan – Afrika Selatan

Post navigation

Previous: Carolan ganti Sarjit latih Speedy Tigers
Next: Siapa Carolan? Pakar taktikal hoki Speedy Tigers

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.