Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Carolan ganti Sarjit latih Speedy Tigers

podiumontour March 18, 2026 2 minutes read
Carolan

CAROLAN diberikan perjanjian setahun terlebih dahulu selepas menggantikan tempat Sarjit yang tidak dilanjutkan kontraknya. - FIH

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) ambil langkah berani lantik Brendon Carolan dari Afrika Selatan sebagai ketua jurulatih baharu Speedy Tigers.

Carolan dilantik menggantikan tempat Sarjit Singh selepas MHC memilih untuk tidak menyambung kontraknya yang berakhir pada Disember 2025.

Prestasi semasa antara faktor kontrak Sarjit tak disambung walaupun pengendali yang dilantik pada Mac 2024 itu berjaya meraih tiket Piala Dunia 2026 menerusi kelebihan ranking dunia.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan,

“Sudah tamat (kontrak Sarjit). Sebenarnya beliau ada kontrak dua tahun sehingga Disember 2025, tetapi kita telah maklum akan review balik selepas kelayakan Piala Dunia. Jadi, kita cuma tidak menyambung kontrak beliau, bukan menamatkan,” kata Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal.

Tugasan Carolan amat mencabar kerana selepas ini aksi Nations Cup di Cape Town, Afrika Selatan (Jun), Piala Dunia di Belgium-Belanda (Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya (September).

“Buat masa ini, kita tawarkan kontrak satu tahun. Tetapi KPI utama beliau adalah kelayakan Sukan Asia di Jepun.

“Kita akan bincang lebih lanjut bila beliau sampai, tapi MHC akan tetapkan KPI berdasarkan Sukan Asia—sama ada kena menang atau sekurang-kurangnya masuk final,” tambah Subahan.

Carolan bukan nama asing kerana pernah galas peranan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara di bawah bimbingan Arul Selvaraj dari 2022-2023.

Beliau pun dah bersama sebagai jurulatih taktikal Speedy Tigers pada Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Sadat dedah rahsia kejayaan pingat perak Sukan SEA
Next: Malaysian Tigress tunggu Nations Cup 2 FIH

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.