Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Marhan perlukan 7 aksi lagi cipta sejarah

podiumontour February 24, 2026 1 minute read
Marhan

MARHAN

KAPTEN Malaysia, Marhan Jalil cuma perlukan tujuh perlawanan lagi untuk menjadi pemain dengan kaps antarabangsa terbanyak buat skuad hoki lelaki negara.

Rekod itu ketika ini masih dipegang bekas kapten Speedy Tigers, Azlan Misron yang sudah bermain 349 perlawanan antarabangsa.

Marhan, yang akan genap umur 36 tahun pada 5 Mac ini, pula sudah membuat 343 penampilan antarabangsa bersama skuad negara

Ia bermakna tonggak pertahanan berpengaruh dari Negeri Sembilan ini hanya menanti masa untuk mengatasi rekod itu pada tahun 2026 ini

Ini disebabkan Marhan akan bermain lima aksi dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari peringkat kumpulan hingga final ataupun pusingan klasifikasi dari 1-7 Mac

Secara keseluruhan, Marhan akan mengumpul 348 kaps antarabangsa, kurang 1 lagi untuk menyamai rekod Azlan Misron.

Namun, Marhan automatik akan menjadi pemain dengan kaps antarabangsa paling banyak jika dia diturunkan dalam kejohanan anjuran FIH selepas itu.

Selain Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos (jika layak), Speedy Tigers akan hadapi 3 lagi kejohanan besar tahun ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah, Piala Negara-Negara FIH dan Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun.

Berdasarkan temu bualnya bersama NST, Marhan tidak memikirkan rekod, sebaliknya hanya fokus kepada kejayaan Malaysia yang mana sekarang adalah melayakkan diri ke Piala Dunia dahulu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: “One last push” – Shazrin belum sedia tutup karier
Next: Cuaca sejuk 12 celsius, Speedy Tigers, Mesir seri 2-2

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.