Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

MVP Piala Dunia Hoki 5s belum pulih

podiumontour October 29, 2025 1 minute read
Akhimullah

AKHIMULLAH (tengah) dinobatkan sebagai MVP Piala Dunia Hoki 5s di Oman tahun lalu. - MHC

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) Piala Dunia Hoki 5s, Akhimullah Anuar Esook terlepas menyertai Jelajah Bangkok kerana masih belum pulih daripada masalah kecederaan.

Disebabkan itu, hanya Akhimullah tidak disenaraikan oleh skuad hoki 5s lelaki kebangsaan menghadapi enam perlawanan persahabatan selama enam hari di Stadium Royal Thai Airforce, Bangkok, Thailand dari 28 Oktober hingga 2 November.

Ketiadaan Akhimullah tentunya dirasai dalam aksi ‘pemanas badan’ menentang skuad Sukan SEA Thailand disebabkan kemampuannya seperti dilakukan ketika membantu Malaysia muncul naib juara Piala Dunia Hoki 5s 2024.

Akhimullah yang kini anggota tetap skuad senior kebangsaan, Speedy Tigers turut berjaya menjaringkan 11 gol keseluruhan sepanjang kejohanan berprestij diadakan di Muscat, Oman tahun lalu itu.

Ketua jurulatih skuad hoki 5s negara, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman berkata, persiapan pasukan berjalan lancar dengan dua sesi latihan diadakan di Padang 2, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Seramai 17 pemain masih dikekalkan tidak termasuk Akhimullah Anuar Esook, yang sedang menjalani rawatan.

“Jelajah di Thailand ini penting untuk menilai prestasi sebenar pemain kerana ia merupakan perlawanan ujian pertama selepas lebih sebulan berlatih.

“Harapan saya jelajah ini memberi suasana perlawanan sebenar kepada pemain sebelum kami menamakan senarai 10 pemain terbaik yang akan menggalas cabaran ke Sukan SEA Disember ini,” katanya. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Finalis dunia ‘berkampung’ di Bangkok
Next: Fakta menarik juara Kumamoto Masters

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.