Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Norsyafiq bimbang flicker Pakistan, China

podiumontour February 22, 2026 1 minute read
Norsyafiq

NORSYAFIQ (kiri) antara aset penting Speedy Tigers pada kempen Kelayakan Piala Dunia nanti. - MHC

BINTANG tengah skuad hoki negara, Norsyafiq Sumantri tanpa berselindung mengakui bimbang dengan keupayaan dua flicker berbahaya Pakistan dan China pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 7 Mac ini.

Ini berdasarkan situasi kedua-dua lawan itu berjaya menghasilkan jaringan menerusi pukulan sudut penalti (PC) ke atas Speedy Tigers dalam lima atau enam perlawanan terakhir menentang Pakistan dan China.

Contohnya, flicker berbisa Pakistan, Sufyan Khan berjaya menghasilkan enam jaringan melalui PC dalam enam pertemuan terakhir dengan Malaysia.

Begitu juga menentang China yang mana Gao Jiesheng berjaya menghasilkan lima gol PC dalam lima aksi terakhir menentang Malaysia.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai pemain, nama Gao Jiesheng tidak dibawa ke Ismailia kali ni dan masih belum ada pengesahan sama ada dia mengalami kecederaan atau China sengaja ‘menyimpan kuku’ sebelum Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun pada September nanti.

Apapun, PC defend dan attack juga tak kurang hebatnya selain keupayaan pemain hasilkan gol padang pada Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Austria, Pakistan serta China nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Wai Ching tak penat popularkan tower running
Next: “One last push” – Shazrin belum sedia tutup karier

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.