Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

“One last push” – Shazrin belum sedia tutup karier

podiumontour February 23, 2026 2 minutes read
shazrin

SHAZRIN LATIF

SHAZRIN Latif adalah pelayar ketiga negara dengan penampilan terbanyak di Sukan Olimpik iaitu 3 kali bermula edisi Rio 2016, Tokyo 2020 dan Paris 2024.

Kevin Lim menjadi pelayar pertama negara beraksi di Olimpik pada edisi Atlanta 1996 seterusnya Sydney 2000, Athens 2004 dan Beijing 2008.

Sejak itu, Malaysia tak pernah gagal hantar wakil ke Olimpik, diteruskan Khairulnizam Affendy pada London 2012, Rio 2016, Tokyo 2020 dan Paris 2024 menyamai rekod 4 penampilan Kevin Lim.

Gandingan Nuraisyah Jamil-Juni Karimah pernah beraksi di Tokyo 2020.

Untuk edisi Los Angeles 2028, Khairulnizam menburu penampilan kelima, begitu juga Shazrin yang mahu berdiri sebaris Kevin Lim.

Cumanya kali ini berbeza kerana Shazrin, 28, perlu ‘bertarung’ dengan kecederaan lama yang sedikit sebanyak membataskannya untuk menghasilkan keputusan terbaik.

Namun, sebagai atlet berpengalaman luas, ia bukan alasan dan Shazrin tetap mahu berikan sehabis baik buat kali terakhir untuk cuba melayakkan diri ke LA2028.

Contoh terbaik adalah dia beraksi dalam keadaan ligamen koyak tetapi masih mampu membutirkan pingat emas Sukan Asia edisi Hangzhou 2022 acara ILCA 6 dinghy wanita.

Ia adalah pingat emas pertamanya di Sukan Asia selepas pernah meraih gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang acara laser radial.

Biarpun belum pulih 100 peratus, Shazrin sekali lagi menaiki podium, kali ini pingat perak di Sukan SEA Thailand 2026 yang mana pada awalnya dia tiada perancangan pun beraksi di Sukan SEA.

Kini, Shazrin bertungkus-lumus menjalani recovery untuk segera kembali ke latihan dengan fokus buat Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FB SHAZRIN LATIF

 

Post navigation

Previous: Norsyafiq bimbang flicker Pakistan, China
Next: Marhan perlukan 7 aksi lagi cipta sejarah

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.