AZIZULHASNI membuktikan dirinya masih relevan untuk menempa kejayaan di pentas tertinggi dengan memenangi pingat emas keirin Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth hari ini (7 Mac). - IG AZIZULHASNI AWANG
BIARPUN menempuhi pelbagai ujian termasuk pembedahan jantung dialami sebelum ini, namun Datuk Azizulhasni Awang masih berupaya membuktikan kehebatannya di pentas antarabangsa.
Pada usia 38 tahun, Azizulhasni mencipta sensasi dengan memenangi pingat emas acara kegemarannya, keirin pada Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, Australia hari ini (7 Mac).
Apa yang membuatkan kejayaan ini lebih dramatic adalah ‘wheelie’ daripada Pocket Rocketman untuk memintas Matthew Richardson dari Great Britain untuk memenangi aksi final menerusi penentuan photo finish.
Keputusan
Emas – Azizulhasni Malaysia
Perak – Matthew Richardson Britain
Gangsa – Leigh Hoffman Australia
Kejayaan itu pastinya membakar semangat dan keyakinan pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik berkenaan untuk memburu pingat emas kedua peribadinya dalam acara sprint esok (8 Mac). – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – IG AZIZULHASNI AWANG