Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Suka dalam duka Malaysia capai misi ke Piala Dunia

podiumontour March 8, 2026 2 minutes read
malaysia

SKUAD hoki negara berjaya mencapai objektif melayakkan diri ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Belgium-Belanda pada Ogos depan. - FIH

MISI utama Malaysia untuk menyambar tiket ke pentas Piala Dunia buat kali keempat berturut-turut berjaya direalisasikan, namun ada sesuatu yang pastinya pahit ditelan oleh skuad hoki lelaki negara.

Walaupun berjaya mencapai objektif tetapi Speedy Tigers terlepas peluang untuk menaiki podium apabila mengakhiri Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir di kedudukan keempat.

Ia susulan kekalahan 4-5 kepada Jepun dalam penentuan tempat ketiga dan keempat yang mana kedua-dua negara mengiringi dua finalis, England dan Pakistan ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti.

“Misi kami di sini untuk layak ke Piala Dunia dan berjaya melakukannya biarpun persembahan hari ini tidak pada standard sebenar. Kami perlu kerja keras untuk mencapai sasaran.

malaysia

“Kami cuma ada tiga bulan untuk bersiap ke Piala Negara-Negara FIH. Enam bulan lagi untuk Piala Dunia dan Sukan Asia (Aichi-Nagoya, Jepun pada September) ,” kata pengendali skuad negara, Sarjit Singh.

Selepas Jepun membuka tirai jaringan menerusi Ooka Ryoma (FG m15), Malaysia bangkit untuk mendahului 3-1 melalui Fitri Saari (FG m30), Marhan Jalil (FG m32) dan Syed Syafiq Syed Cholan (PC m36).

Bagaimanapun, Samurai Biru mencipta kebangkitan luar biasa dengan empat gol untuk mendahului 5-3 hasil jaringan Matsumoto Kazumasa (FG m38), Fujishima Raiki (PC m52), Yamasaki Koji (FG m55, FG m57).

Powerplay yang dilakukan oleh Malaysia berjaya menghasilkan satu jaringan menerusi Faizal Saari (PC m59), namun ia sudah terlambat apabila tewas 4-5. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Otai masih berbisa, Azizulhasni juara Piala Dunia
Next: Malaysia kalahkan Switzerland, misi buru No.5

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.