Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tahniah Malaysia layak awal ke Piala Dunia

podiumontour March 7, 2026 1 minute read
Malaysia

SYED Syafiq Syed Cholan (kanan) berbual gembira dengan Akhimullah Anuar Esook selepas tamat aksi menentang China baru-baru ini. - FIH

SKUAD hoki lelaki Malaysia telah layak lebih awal ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos depan.

Biar apapun keputusan menentang Jepun di penentuan tempat ke-3 dan ke-4 malam ini (7 Mac, 9pm), Speedy Tigers telah terjamin tempat ke Piala Dunia disebabkan ranking dunia.

FIH menawarkan tujuh tiket daripada Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 yang mana tiga di Ismailia, Mesir dan tiga di Santiago, Chile.

Satu lagi tiket diberikan kepada pasukan No.4 yang mempunyai ranking dunia lebih baik daripada kedua-dua kelayakan ini.

Andai kata tewas kepada Jepun dan dapat tempat keempat, Malaysia masih layak ke Piala Dunia kerana dua negara yang bermain penentuan tempat ke-3 dan ke-4 menghuni ranking dunia lebih rendah daripada skuad kebangsaan.

Malaysia : No.14 dunia (2207.46 mata)
Wales: No.15 dunia (2098.71 mata)
Poland: No.20 dunia (1873.98 mata)
*Ranking dunia FIH setakat 7 Mac 1pm

Terima kasih finalis kelayakan di Chile iaitu Perancis dan Ireland yang menepati ramalan dan tidak menjadi mangsa kejutan di sana, masing-masing mudah mengalahkan Poland serta Wales.

Nak lebih mudah faham, Malaysia menang dengan Jepun dan raih tempat ketiga, terus layak automatik, habis cerita.

Sebab itu ranking dunia amat penting, jangan buat main-main naaa. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Tempat kelima mampu jadi pencapaian terbaik
Next: Otai masih berbisa, Azizulhasni juara Piala Dunia

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.