NAJMI antara nama yang mungkin boleh dipertimbangkan kembali ke skuad negara disebabkan kepakarannya mengambil pukulan sudut penalti. - MHC
LIGA Hoki Malaysia (TNBMHL) 2026 yang akan berlangsung 11 April hingga 17 Mei ini hadir pada waktu tepat buat ketua jurulatih baharu Speedy Tigers, Brendon Carolan.
Ini akan membolehkan Carolan memerhati muka-muka baharu sama ada pemain lama atau muda untuk dipanggil dalam kem latihan skuad hoki lelaki kebangsaan, Speedy Tigers.
Suntikan beberapa tenaga baharu sama ada lama atau muda mampu membantu Speedy Tigers yang akan berdepan tiga kejohanan penting tahun ini.
Piala Negara-Negara FIH
📍Cape Town, Afrika Selatan
🗓️ 11-20 Jun 2026
Piala Dunia
📍Wavre, Belgium & Amstelveen, Belanda
🗓️ 14-30 Ogos 2026
Sukan Asia
📍Aichi-Nagoya, Jepun
🗓️ 19 September-4 Oktober 2026
Adakah muka-muka lama pernah menghiasi Speedy Tigers seperti Najmi Farizal Jazlan Meor Azuan Hasan, Firhan Ashaari atau pemain muda?
Persoalannya adakah mereka masih berminat menyarung jersi kebangsaan jika diberi peluang?
Segalanya bakal terjawab pada saingan TNBMHL 2026 melibatkan 10 pasukan. – PODIUM ON TOUR
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Terengganu Hockey Team (THT)
Maybank
UiTM HA-KPT
TNB Thunderbolts
Nurinsafi Sporting
Armed Forces HT
Young Elephants Pahang
Liaoning Men’s Hockey Team
Territory Stingers
KREDIT FOTO – MHC