Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Panahan Fatin luar biasa, pecah 2 rekod Malaysia

podiumontour March 23, 2026 1 minute read
Fatin

AINA SYAZWANA (dari kiri), Fatin dan Sui Kim berjaya menduduki tangga kedua pusingan kelayakan compound berpasukan wanita Piala Asia di Bangkok hari ini (23 Mac).

SELEPAS hampir dua dekad, panahan Fatin Nurfatehah ternyata masih dalam kelas tersendiri dan ia terbukti menerusi dua rekod kebangsaan pada pusingan kelayakan Piala Asia di Bangkok, Thailand hari ini (23 Mac).

Fatin, 35, memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara compound berpasukan wanita dengan 2,075 mata bersana Aina Syazwana Abdul Muhaimin dan Ng Sui Kim.

Ia sekali gus memadam rekod lama, 2,068 mata yang ketika itu turut dicipta Fatin, Sui Kim dan Saritha Cham Song sewaktu Piala Asia Singapura 2025.

Pemanah dari Kota Kinabalu, Sabah ini turut cemerlang mengulangi rekod kebangsaannya dalam acara compound individu dengan 702 mata, menyamai pencapaiannya ketika melakukannya pada Piala Dunia Paris 2023.

“Buat masa ini boleh dikatakan persiapan ke Sukan Asia walaupun masih lagi 50-50. Jadi kami nak layan musim 2026 ini dengan pasukan baharu.

“Alhamdulillah, syukur shooting hari ini dalam keadaan yang baik. Walaupun syawal ketiga, tapi masih fokus kepada permainan dulu.

“Kami akan cuba, nak kata confident menang pingat susah juga. Memanah apa sahaja boleh berlaku pada hari pertandingan. Harap boleh bawa momentum ini sampai ke hari terakhir,” katanya kepada Podium On Tour.

Pusingan seterusnya pagi compound berpasukan dan individu wanita akan diteruskan pada Rabu ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FATIN NURFATEHAH

Post navigation

Previous: Hadiah Aidilfitri, Azeem raih tempat kedua 100m
Next: Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.