Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Sufyan Khan terus hantui Speedy Tigers

podiumontour March 2, 2026 1 minute read
Sufyan Khan

SUFYAN (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol keempat Pakistan ke atas Malaysia. - FIH

PAKAR flick Pakistan, Sufyan Khan membuktikan ketajaman dragflick adalah senjata utamanya apabila menyudahkan satu pukulan sudut penalti (PC) menewaskan Malaysia 5-3 di Stadium Hoki Suez Canal, Ismailia hari ini (2 Mac).

Ia juga adalah jaringan kedua Sufyan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 sedang berlangsung di bumi Mesir selepas turut menjaringkan satu gol PC ketika menewaskan China 5-4 semalam (1 Mac).

Bukan itu sahaja, ia juga gol peribadi ketujuhnya dalam lapan pertembungan menentang Speedy Tigers sejak kali pertama bertemu pada Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak.

Selain gol Sufyan pada minit ke-49, Pakistan turut meraih empat jaringan padang menerusi Waheed Ashraf Rana (m14), Zikriya Hayat (m16), Nadeem Ahmad (m45) dan Ammad Muhammad (m56).

Ia sekali gus menjamin tempat awal buat pasukan No.14 dunia itu ke separuh akhir meskipun mempunyai satu baki perlawanan Kumpulan B menentang Austria pada 4 Mac.

Speedy Tigers pula berdepan misi wajib menang ke atas China pada 4 Mac ini (9pm Waktu Malaysia) untuk mengiringi Pakistan ke separuh akhir. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Pocket Rocketman Azizulhasni masih berbisa
Next: Speedy Tigers tak boleh cepat menyerah

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.