Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Terlepas Piala Dunia bukan penamat Malaysian Tigress

podiumontour March 6, 2026 2 minutes read
Malaysian tigress

BARISAN pemain negara tetap memberikan persembahan terbaik sepanjang aksi Kumpulan B dengan satu kemenangan dan dua kekalahan. - FIH

MALAYSIAN TIGRESS terpaksa akur dengan kehebatan gergasi Asia, Jepun apabila tewas 0-4 dalam aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile hari ini (6 Mac).

Kekalahan itu menutup peluang skuad hoki wanita Malaysian Tigress yang tetap menyimpan hasrat untuk mencipta keajaiban ke separuh akhir sekali gus terlepas tiket ke Piala Dunia 2026 di Belanda-Belgium pada Ogos nanti.

Begitupun, pujian dan kredit wajar diberikan kepada barisan kejurulatihan dan pemain yang berhempas pulas memberikan persembahan terbaik mengekang pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 itu tanpa sebarang jaringan dalam babak pertama.

Malaysian Tigress, No.21 dunia, juga tetap berjaya mendapat dua pukulan sudut penalty ke atas pasukan ranking ke-13 dunia itu yang berpengalaman beraksi di pelbagai edisi Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Malaysian Tigress
PENYERANG negara, Siti Nur Arfah Mohd Nor cuba menghalang hantaran pemain Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B hari ini (6 Mac). – FIH

Kekebalan benteng pertahanan Malaysia akhirnya roboh menerusi dua gol padang Shiho Kobayakawa (m39, m45).

Jepun kemudiannya menambah dua lagi padang melalui Hiroka Murayama (m48) dan Akari Nakagomi (m55) sekali gus mengiringi Ireland sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan B.

Begitupun, perjuangan skuad negara masih belum berakhir kerana mereka bakal bermain perlawanan klasifikasi 5 hingga 8 menentang pasukan tercorot Kumpulan A, Switzerland pada 7 Mac ini (Sabtu, 8pm waktu Malaysia).

Jika menang, Malaysian Tigress akan bermain penentuan tempat ke-5 dan 6 yang mana ia boleh menjadi satu penamat terbaik memandangkan mereka turun ke Chile sebagai pasukan ranking ketiga terendah kejohanan. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Mampukah Malaysia cipta satu lagi kejutan?
Next: England hukum kesilapan Malaysia, terlepas final

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.