Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Wai Ching tak penat popularkan tower running

podiumontour February 22, 2026 1 minute read
Wai Ching

WAI CHING menunjukkan trofi dimenanginya selepas menjuarai perlumbaan di Samya Mitrtown baru-baru ini.

PELARI menara No.1 dunia, Soh Wai Ching pernah berkongsi dia belum terlintas untuk berhenti atau perlahan-lahan tinggalkan sukan tower running (larian menara).

Misinya dari dulu hingga hari ini kekal sama iaitu mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia melalui sukan tower running.

Sebab itu Wai Ching gembira kerana negara jiran, Thailand mula mengikut jejak langkah Malaysia dengan penganjuran Bangkok Vertical Run Series.

Seperti dijangka, Wai Ching berjaya takluk 2 siri perlumbaan di sana di Samyan Mitrtown dan Sathorn Square, sekali gus di landasan tepat untuk menguasai siri terakhir di One Bangkok Tower pada 7 Mac ini.

“Misinya bukan hanya bertanding dan menang perlumbaan tetapi promosikan tower running, vertical run di negara jiran agar mereka dapat tubuhkan persatuan tower running buat komuniti di sana,” katanya.

Menariknya, Persatuan Towerrunning Malaysia (MTA) dan 100 Floors Club dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) akan anjur Kejuaraan Towerrunning MAH 2026 di The Face Suites, KL pada 11 April. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SOH WAI CHING TOWERRUNNER

Post navigation

Previous: Syafiq rela berkorban, Aidilfitri di perantauan
Next: Norsyafiq bimbang flicker Pakistan, China

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.