Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Syafiq rela berkorban, Aidilfitri di perantauan

podiumontour February 22, 2026 1 minute read
Syafiq

SYAFIQ (tiga dari kiri) memenangi pingat emas dalam kejohanan di Kathmandu baru-baru ini. - SEA SPORTS NEWS

KEJAYAAN atlet taekwondo negara, Syafiq Zuber memenangi pingat emas di Gunung Everest, Nepal baru-baru ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan sekadar meraih perak Sukan SEA Thailand 2025.

Syafiq, 26, berputih mata untuk melengkapkan hatrik emas di pentas Sukan SEA apabila tumpas 1-2 di tangan atlet Thailand, Chaichon Cho dalam aksi final bawah 87 kilogram (kg) lelaki nanti.

Namun, Syafiq yang berasal dari Sungai Petani, Kedah membuktikan kemampuannya dalam acara baharu disertainya itu (-87kg) pada Kejohanan Taekwondo ke-4  2026 di Kathmandu, Nepal.

Tapi, ia belum mencukupi dan Syafiq sedia lakukan pengorbanan walaupun dia terpaksa menyambut perayaan Aidilfitri di perantauan bagi mencapai matlamat tahun 2026.

Bekas juara dua edisi Sukan SEA ini akan berkampung lebih sebulan di Thailand bersama pasukan taekwondo negara itu bermula hujung bulan ini sebelum terus ke Terbuka Turkiye.

Jaguh kyorugi negara ini kemudian akan jalani kem latihan intensif di Korea Selatan untuk kelayakan Kejohanan Taekwondo Asia 2026 di Ulaanbaatar, Mongolia dari 19 hingga 21 Mei nanti.

Ia sebahagian proses persediaan Syafiq, 26, dalam usaha membuat penampilan  di Sukan Asia 2026, Aichi-Nagoya, Jepun pada September nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SEA SPORTS NEWS

Post navigation

Previous: Rekod dunia 24 tahun lebur
Next: Wai Ching tak penat popularkan tower running

Related Stories

Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026
Azizulhasni
  • Sukan Lain

Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia

podiumontour August 1, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.