Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia

podiumontour July 30, 2026 2 minutes read
Piala Dunia

BARISAN pemain negara yang akan menyertai Piala Dunia di Belgium dari 15 hingga 3o Ogos ini. - MHC

KAPTEN pasukan hoki senior lelaki kebangsaan, Muhammad Marhan Mohd Jalil dan dua lagi tonggak berpengalaman, Faiz Helmi Jali serta Faizal Saari bakal turun membuat sejarah tersendiri di pentas Piala Dunia.

Marhan, Faiz dan Faizal bakal membuat penampilan keempat Piala Dunia di Wavre, Belgium apabila turun dalam perlawanan pertama Kumpulan B menentang juara dunia, Jerman pada 15 Ogos ini.

Bagi Marhan yang juga pemain terbanyak negara membuat kaps antarabangsa iaitu 365 penampilan, menyifatkan ia bukan sekadar satu kebanggaan peribadi, malah menjadi platform untuk terus membimbing generasi muda.

“Satu penghormatan terhadap segala pengorbanan dan kerja keras saya selama ini hingga sekarang. Pada masa sama, saya dapat membantu pasukan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Dapat bermain bersama mereka (Faizal dan Faiz Helmi) adalah satu kegembiraan. Kami berkongsi matlamat yang sama sejak muda dan perjalanan itu diteruskan sehingga sekarang.

“Saya harap dapat membantu pasukan, terutama pemain-pemain muda. Mereka boleh melihat contoh seperti Faizal dan Faiz Helmi. Walaupun berbadan kecil, mereka mempunyai hati dan semangat yang besar. Itulah yang kita mahukan daripada pemain-pemain akan datang,” katanya.

Marhan, Faizal dan Faiz Helmi telah bermain dalam tiga Piala Dunia sebelum ini bermula edisi The Hague 2014, Bhubaneswar 2018 dan Bhubaneswar-Rourkela 2023.

Mengulas cabaran di Piala Dunia yang berlangsung dari 15 hingga 30 Ogos, Marhan mengakui Malaysia berdepan laluan sukar dalam Kumpulan B bersama Belgium, Jerman dan Perancis.

Bagaimanapun, beliau percaya disiplin serta kerja keras mampu menjadi senjata skuad negara untuk mencipta kejutan.

“Apabila berada dalam kumpulan yang sukar, terutama bersama Belgium dan Jerman, kami perlu bekerja lebih keras dan lebih berdisiplin.

“Di Piala Dunia tiada perlawanan yang mudah. Kami perlu bergerak sebagai satu pasukan, kekal berdisiplin dan cuba mencipta kejutan,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Syahmi pemenang emas keenam Sukan Komanwel
Next: Heritage Ride Taiping tawar pelajar pendaftaran percuma

Related Stories

Young Tigers
  • Hoki

Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers

podiumontour August 1, 2026
hoki piala dunia
  • Hoki

Speedy Tigers ambil inspirasi kejayaan Cape Verde

podiumontour July 27, 2026
Hoki Wanita
  • Hoki

Malaysian Tigress sedang membina skuad menyerang

podiumontour July 27, 2026

Recent Posts

  • Jelajah India pentas penilaian akhir Young Tigers
  • Azizulhasni buktikan pakar taktikal keirin dunia
  • Jojo perlu menunggu lagi, tewas kepada Ondash
  • Shanti Pereira cipta sejarah baharu di Sukan Komanwel
  • Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.