Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Heritage Ride Taiping tawar pelajar pendaftaran percuma

podiumontour July 30, 2026 2 minutes read
Heritage Ride Taiping

WONG Kah Woh (tengah) bersama barisan penaja Heritage Ride Taiping 2026 pada majlis perasmian hari ini.

PENGANJUR acara berbasikal Heritage Ride Taiping 2026 pada 25 Oktober nanti menawarkan pendaftaran percuma kepada pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun menerusi sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Inisiatif itu bertujuan menggalakkan golongan muda di Malaysia untuk terus menjadikan aktiviti berbasikal sebagai amalan gaya hidup sihat.

Dianjurkan Kelab Berbasikal Elit dan Gosportz Sdn. Bhd., acara itu menyasarkan penyertaan sebanyak 2,000 peserta dengan lebih separuh daripada kuota sudah dipenuhi.

menawarkan tiga kategori, 90 kilometer (km), 60km dan Fun Ride 20km untuk kayuhan santai menikmati pengalaman mengayuh di salah sebuah bandar bersejarah di Malaysia.

Acara itu menggabungkan elemen perlumbaan berbasikal kompetitif dengan peluang meneroka warisan sejarah Taiping, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi luar.

Laluan perlumbaan melalui Sepetang, Simpang Empat dan Kamunting, menyajikan pemandangan landskap semula jadi, kawasan desa serta lokasi bersejarah yang mencerminkan keunikan Taiping sebagai bandar warisan.

Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, acara itu bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah menjadi platform memperkenalkan sejarah unik bandar berkenaan kepada rakyat Malaysia.

“Kayuhan Warisan memberi peluang unik kepada peserta untuk menghayati legasi Taiping sambil menggalakkan gaya hidup sihat serta menyokong ekonomi pelancongan tempatan,” katanya selepas menyempurnakan majlis memperkenalkan penaja edisi ketiga Heritage Ride Taiping hari ini.

Penganjur turut bekerjasama dengan Zoo Taiping dengan menawarkan 1,000 tiket masuk percuma kepada peserta berdaftar, namun semua tiket itu habis ditebus sejurus pendaftaran dibuka.

Selain kayuhan, Heritage Ride Taiping 2026 turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti di Dataran Warisan Taiping termasuk trak makanan, persembahan pentas, gerai pameran dan cabutan bertuah.

Setiap peserta berdaftar akan menerima kemeja-T rasmi acara, pingat penamat, beg cenderamata serta sijil digital, manakala lima peserta terbaik bagi kategori kompetitif 90km dan 60km bakal membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi.

Pendaftaran dibuka sehingga 23 Ogos ini atau sehingga semua tempat ditawarkan telah dipenuhi. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: 3 pemain bakal buat penampilan ke-4 Piala Dunia
Next: Aqilah cipta sejarah baharu angkat berat

Related Stories

SUKIPT
  • Xtra

Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026

podiumontour August 29, 2026
SUKIPT 2026
  • Xtra

SUKIPT 2026 pentas lahir pelapis sukan negara

podiumontour August 28, 2026
Obor AUG
  • Xtra

Obor AUG 2026 simbol semangat Malaysia di pentas ASEAN

podiumontour August 21, 2026

Recent Posts

  • Pesanan bekas raja pecut Asia Tenggara buat atlet duduki SPM
  • Perak kembali rampas status gergasi hoki tanah air
  • Selangor pecahkan badi final, juara TARC 2026
  • Young Tigers terlepas podium tempat ketiga
  • Podium tempat ketiga mampu ubati kecewa
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.