Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Wushu ke triatlon, Esther Joy pegang rekod half maraton

podiumontour March 9, 2026 1 minute read
Esther

ESTHER menunjukkan reaksi ceria selepas menamatkan larian Nagoya City Half Maraton semalam (8 Mac). - ARENAMALAYSIA ASIA

ESTHER JOY masih segar dengan kejayaannya mengatasi catatan rekod half maraton kebangsaan yang sudah berusia 10 tahun , 1:24:44s sejak dicipta S. Sheela pada 2016.

Pelari berusia 23 tahun ini merakam masa peribadi terbaik 1:19:27s untuk meraih tempat ketiga Nagoya City Maraton 2026 di Jepun semalam (8 Mac).

Difahamkan, legenda olahraga negara, P. Jayanthi pernah mencipta 1:16:25 di Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 1992, namun masih tak kenapa catatan tidak direkodkan.

Apapun, kejayaan ini amat mengagumkan memandangkan hakikatnya Esther adalah atlet triatlon yang perlu beri fokus kepada tiga disiplin, larian, renang dan berbasikal.

“Sudah tentu tak akan tinggalkan triatlon,” kata Esther kepada Podium On Tour.

Selain ada latar belakang sukan gimnastik, Esther juga pernah seketika berada dalam skuad wusyu nanquan kebangsaan.

Kejayaannya mengatasi rekod half maraton membuktikan larian adalah kekuatannya.

Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Esther pernah memenangi pingat emas 5,000m, 10,000m dan 3,000m lari berhalangan buat Selangor pada Sukma Sarawak 2018.

Dan kini Esther adalah pemenang pingat di Sukan SEA selepas meraih dua gangsa acara triatlon dan aquathlon pada edisi Thailand 2025. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ARENAMALAYSIA ASIA

Post navigation

Previous: Belum ada rezeki takluk ‘Grand Slam’ All England
Next: Afiqah Syahzani penjaring terbanyak di Chile

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.