Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Ahmad Luth sasar kebangkitan sebelum tutup buku

podiumontour April 25, 2026 2 minutes read
Ahmad Luth

AHMAD LUTH meraih pingat perak ketika mewakili Erovra Club dalam acara 3,000m sc Terbuka Singapura pada 15 April lalu. - SINGAPORE ATHLETICS/EUGENE GOH

BERAKSI buat kali terakhir di laman sendiri pada Sukan SEA Malaysia 2027 menjadi impian pelari jarak jauh berpengalaman, Ahmad Luth Hamizan sebelum menutup karier sebagai atlet olahraga kebangsaan.

Meskipun kini sudah berusia 34 tahun, namun Ahmad Luth yang pernah satu ketika berada di ranking pertama Malaysia acara 3,000 meter (m) lari berhalangan (sc) tidak merasakan ia satu penghalang.

Ia berdasarkan prestasi semasa selepas berjaya meraih pingat perak 3,000m sc Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang (15 April lalu) menerusi catatan masa sembilan minit 45.60 saat (s).

Perkembangan itu membuatkan Ahmad Luth menyasarkan kebangkitan terakhir dengan cuba melayakkan diri dalam tempoh masa yang ada bermula Terbuka Malaysia pada Jun nanti.

“Sebelum ini saya lebih fokus kepada marathon. Tahun ini baru nak mulakan musim semula. Ini cuma panaskan badan untuk tentukan tahap kecergasan saya.

“Kalau diberi ruang, saya nak jumpa Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur nanti. Saya akan cuba buat kebangkitan perlahan-lahan dengan umur macam ini tetapi old is gold,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Atlet dari Paroi, Negeri Sembilan itu bukan nama asing dalam arena olahraga tanah air kerana bukan sahaja sering beraksi di pentas Sukan SEA tetapi turut berjaya menaiki podium di beberapa edisi Sukan Universiti ASEAN.

Sukan SEA Manila 2019 adalah penampilan terakhir Ahmad Luth mewakili Malaysia yang menyaksikannya meraih tempat keempat 3,00m sc. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SINGAPORE ATHLETICS/EUGENE GOH

Post navigation

Previous: 2x hamstring tak patahkan semangat Aiman Ikhwan
Next: Azizulhasni si raja keirin Piala Dunia

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.