Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

2x hamstring tak patahkan semangat Aiman Ikhwan

podiumontour April 24, 2026 2 minutes read
Aiman Ikhwan

AIMAN (No.4) mengalami hamstring ketika saringan 100m Terbuka Malaysia pada 15 April lalu. - SINGAPORE ATHLETICS/TATE TAN

DUA kali dalam tempoh enam bulan mengalami kecederaan hamstring pastinya tidak diingini mana-mana atlet, namun itu yang dihadapi raja pecut muda Kedah, Aiman Ikhwan Yahya.

Terbaharu, Aiman, 19, mengalami hamstring kaki kiri sewaktu beraksi di peringkat saringan 100 meter (m) Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang pada 15 April lalu.

Ia pastinya satu tamparan besar dalam perkembangan Aiman kerana dia sebelum ini mengalami hamstring kaki kanan selepas menjuarai pingat emas Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 pada Ogos tahun lepas.

Namun, semangatnya tidak mengalah walaupun perlu berehat lebih kurang dua hingga tiga bulan dan bertekad bangkit lebih kuat untuk memperbaharui rekod peribadi (PB), 10.40 saat (s).

“Rasa kecewa sikit tak dapat apa yang saya nak. Saya mahu dapatkan SB (catatan tahunan terbaik) di Singapura tapi tak mengapa, saya akan buat balik nanti.

“Saya nak dapatkan dulu SB di kejohanan pertama saya lepas pulih nanti. Kalau sempat saya nak buat PB baharu dan tahun depan cuba layak ke Sukan SEA 2027,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Aiman antara sandaran terbaik Kedah untuk menjuarai 100m Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 biarpun bakal berdepan tentangan sengit termasuk pemenang gangsa Sukan SEA Thailand 2025, Danish Iftikhar Muhammad Roslee. – PODIUM ON TOUR

Antara pencabar Aiman di Sukma Selangor

Danish Iftikhar Muhammad Roslee
Muhammad Dzul Danish Jamari
Muhammad Umaira Subri
Pengiran Aidil Auf Hajam
Danish Irfan Tamrin

KREDIT FOTO – SINGAPORE ATHLETICS/TATE TAN

Post navigation

Previous: Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University
Next: Ahmad Luth sasar kebangkitan sebelum tutup buku

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.