Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol

podiumontour April 23, 2026 2 minutes read
Nuramirah

NURAMIRAH menghasilkan lima gol padang buat N. Sembilan menewaskan MSP Pahang 12-0 di Kuantan hari ini (23 April). - SHOTBY.KUI

PENYERANG Negeri Sembilan, Nuramirah Syakirah Zulkifli membuktikan statusnya sebagai ‘mesin gol’ skuad negara dengan meledak lima gol dalam satu perlawanan.

Lima gol itu dihasilkan Nuramirah membantu N. Sembilan menewaskan MSP Pahang 12-0 dalam aksi kedua Liga Hoki Malaysia Wanita (MHL) di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa), Kuantan hari ini (23 April).

Nuramirah, 26, meledak 5 gol, kesemuanya menerusi jaringan padang, bermula minit ketujuh, m16, m46, m59 dan m60.

Penyerang berasal dari Kedah itu ketika ini di landasan tepat meraih anugerah penjaring terbanyak kejohanan buat kali kelima.

Selepas menang empat kali berturut-turut dari 2020 hingga 2023, Nuramirah terlepas pada 2024 apabila berada di tangga ketiga di belakang Wang Lihang (Liaoning) dan Nur Afiqah Syahzani Azhar (QNET Phoenix).

Hasrat merampasnya semula pada saingan musim lalu sekali lagi tidak kesampaian apabila dia tidak beraksi kerana kecederaan.

Ketua jurulatih N. Sembilan, Saiful Azli Abd Rahman memuji kecemerlangan Nuramirah, 26, selepas dia tidak menemui jaringan ketika menang 4-0 ke atas Malaysian University-UNITEN dalam aksi Piala Sumbangsih di Seremban pada 21 April.

“Prestasi Amirah hari ini adalah apa yang sepatutnya ditunjukkan seorang penyerang kebangsaan. Kita tahu kualitinya dan saya sangat gembira dengan 5 gol hari ini,” katanya kepada Podium On Tour.

Bagaimanapun, Saiful Azli masih menuntut peningkatan daripada anak-anak buahnya yang masih dilihat ‘lambat panas’ apabila banyak mensia-siakan peluang dalam suku masa pertama.

“Kami banyak masuk dalam kawasan D tapi tak sudahkan kepada jaringan ataupun PC (pukulan sudut penalti),” jelasnya.

Empat lagi gol N. Sembilan masing-masing menerusi dua daripada Siti Nur Arfah Mohd Nor (m27, m58) dan Fatin Shafika Mahd Sukri (m33,m51).

Baki tiga lagi gol bekas juara treble itu dua kali itu dihasilkan oleh Nur Syafiqah Mohd Zain (m34), Nur Zariefah Dania Mazlan (m39) dan Siti Nur Atika Shaikh Maznan (m54). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOTBY.KUI

Post navigation

Previous: Pembukaan musim terbaik, Jonah sedia ‘gegar’ Mokpo
Next: Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.