Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Hadiah hari lahir, kemenangan pertama Malaysian University

podiumontour April 24, 2026 2 minutes read
MALAYSIAN UNIVERSITY UNITEN

BARISAN pemain Malaysian University meraikan kemenangan ke atas Perak di Ipoh dalam aksi kedua MHL hari ini (23 April). - PKS UNITEN

PENCABAR utama Liga Hoki Malaysia Wanita (MHL), Malaysian University – UNITEN mencatat kemenangan pertama dalam kempen musim ini, menewaskan Perak 7-0.

Lebih manis, kemenangan dalam aksi kedua MHL di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh itu hadir pada 23 April iaitu tanggal kelahiran ketua jurulatihnya, Ikmal Abdul Jabar.

Walaupun gembira dengan kemenangan itu, namun Ikmal masih mempunyai banyak kerja rumah perlu dilakukan selepas terlepas satu gelaran musim ini, Piala Sumbangsih

“Sebenarnya ada banyak peluang untuk kami jaring lebih gol tapi tak cukup tenang. Balik nanti kami kena gandakan latihan dari segi penyudah akhir di depan gol,” katanya kepada Podium On Tour.

Namun, Ikmal tetap memuji reaksi barisan pemainnya daripada kekalahan 0-4 kepada Negeri Sembilan dalam aksi pertama MHL yang juga penentuan Piala Sumbangsih di Seremban pada 21 April lalu.

“Gabungan pemain baru dan lama mula serasi bermain bersama dan serangan juga lebih terancang. Yang penting keinginan nak menang tinggi ditunjukkan hari ini,” jelasnya.

Naib juara MHL dan Piala Vivian May Soars musim lalu itu membuka tirai jaringan menerusi Nur Maizatulhanim Syafi Shiek Fuad pada minit ke-18.

Malaysian University kemudian menambah empat lagi gol pantas dalam tempoh tujuh minit menjadikan kedudukan selesa 5-0.

Empat gol itu dijaringkan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m22), Siti Zulaikha Hussin (m26), Azmyra Mia Sofea Azhairy (m28) dan Siti Nur Idrina Mohd Nor (m29).

Baki dua lagi jaringan diperoleh menerusi Nur Syahirah Azwan (m49) dan Nur Insyirah Effarizal (m60). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – PKS UNITEN

Post navigation

Previous: Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol
Next: 2x hamstring tak patahkan semangat Aiman Ikhwan

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.