Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Pembukaan musim terbaik, Jonah sedia ‘gegar’ Mokpo

podiumontour April 22, 2026 2 minutes read
Jonah

JONAH memenangi pingat emas acara lontar peluru pada saingan VTF 1 di USM hujung minggu lalu. - SUKAN IPT

JAGUH lontar peluru negara, Jonah Chang Rigan sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan antarabangsa pertamanya bagi tahun 2026 apabila turun ke Kejohanan Balingan Mokpo di Korea Selatan pada 2 dan 3 Mei ini.

Keyakinan itu berdasarkan permulaan positif ditunjukkan Jonah pada Varsity Track & Field (VTF) Siri 1 di Universiti Sains Malaysia (USM), Ahad lalu yang mana ia adalah aksi pembuka tirai buat dirinya tahun ini.

Atlet berusia 23 tahun itu membuat lontaran sejauh 18.32 meter (m), kurang 0.07m dengan rekod kejohanan, 18.39m dilakukannya tahun lepas dan 0.46m sahaja untuk menyamai catatan kebangsaan, 18.78m yang juga miliknya.

“Saya bersyukur sebab tahun lepas saya baling 17.11m dalam kejohanan pertama, jadi banyak peningkatan dan saya anggap ini adalah pembukaan musim terbaik.

“Ini satu persediaan yang baik sebelum ke Mokpo dua minggu lalu. Di sana nanti tak tahu apa akan berlaku sebab ramai pesaing yang hebat tetapi saya dah sedia berikan yang terbaik,” kata atlet dari Universiti Malaya itu.

Juara Sukan SEA Thailand 2025 itu dalam kelas tersendiri biarpun empat daripada enam lontarannya batal tetapi baki dua lagi percubaannya itu mencatat jarak 18.12m dan 18.32m.

Ia ternyata sukar digugat pencabar lain dengan pemenang perak, Nathaniel Majid dari Universiti Kebangsaan Malaysia mencatat 14.43m, manakala atlet Universiti Putra Malaysia, Wan Muhammad Irfan Wan Mohd Tahar meraih gangsa (13.57m).

Jonah akan bersama 11 lagi atlet balingan kebangsaan mengambil bahagian di Mokpo seperti pemegang rekod lontar peluru negara yang juga juara Sukan SEA Thailand 2025, Nani Sahirah Maryata.

Ia termasuk dua atlet lempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan Kamal Farhan A Rahman selain tiga atlet baling tukul besi, Sadat Marzuqi Ajisan, Grace Wong Xiu Mei dan Nurul Hidayah Lukman.

Bakinya adalah empat atlet lempar cakera, Ng Jing Xuan, Chai Kai Lee, Elrick Roslee dan Cheah Wei Jun. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Negeri Sembilan julang trofi Piala Sumbangsih
Next: Nuramirah lepas geram, sumbat 5 gol

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.