Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Aifa mahu penamat 2025 julang Piala Dunia

podiumontour December 9, 2025 2 minutes read
AIFA

AIFA dan skuad negara akan turun membuka kempen Kumpulan C menentang Poland esok (10 Disember) dan Australia (11 Disember). FOTO: IG HK SQUASH

BINTANG skuasy wanita negara, Aifa Azman mahu memastikan kempen 2025 berakhir penuh gemilang dengan menjuarai Piala Dunia berlangsung di Chennai, India bermula hari ini hingga 14 Disember.

Gelaran itu pastinya menjadi hadiah terbaik buat Aifa memandangkan pemain di ranking ke-33 dunia itu sekali lagi terpaksa melepaskan penampilan di Sukan SEA Thailand ketika ini disebabkan pertindihan jadual dengan Piala Dunia 2025.

Kali terakhir Aifa beraksi di Sukan SEA pada edisi Kuala Lumpur 2017 menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu bersama Andrea Lee Jia Qi, Lai Wen Li dan Ooi Kah Yan memenangi pingat emas berpasukan wanita.

Kini, fokusnya terarah sepenuhnya kepada aksi penutup Jelajah Persatuan Skuasy Profesional Dunia (PSA) dengan mendakap gelaran Piala Dunia sekali gus menebus kekecewaan Malaysia muncul naib juara pada edisi 2023.

“Untuk Sukan SEA, saya sudah lama tidak bertanding sejak 2017 di Kuala Lumpur kerana saya lebih memberi tumpuan kepada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

“Tahun ini pula ada Piala Dunia pada hujung tahun, bertembung dengan jadual Sukan SEA. Jadi saya ke Piala Dunia, manakala pemain lain ke Sukan SEA.

“Sasaran kami adalah memastikan kejayaan untuk Malaysia dan jika boleh, layak ke final. Apa yang pasti kami mahu berikan yang terbaik berbanding edisi lepas,” kata pemain berasal dari Kedah itu kepada Podium On Tour.

Aifa dan Aira Azman
AIFA (kiri) dan Aira bakal turun menggalas cabaran buat Malaysia dalam kempen Kumpulan C bersama Poland serta Australia. FOTO: WORLD SQUASH OFFICIAL

Selain Aifa, Malaysia turut membariskan adiknya, Aira Azman di ranking ke-24 dunia dan dua pemain lelaki, Mohammad Syafiq Kamal serta Ameeshenraj Chandaran.

Bagaimanapun, cabaran tidak mudah kerana Malaysia adalah pasukan ranking ketiga memandangkan Mesir dan Hong Kong masing-masing dikatakan menghantar barisan terkuat mereka.

“Kami juga menghantar pasukan yang lebih kuat untuk Piala Dunia. Dengan persaingan daripada Hong Kong dan India, saya rasa semua negara akan memburu slot final, termasuk saya sendiri,” jelas Aifa

Sebagai rekod, suami kepada Aifa iaitu Andre Anura Anuar juga menggalas harapan negara apabila bakal turun beraksi dalam acara lompat jauh dan lompat kijang Sukan SEA 2025.

Menariknya, Andre adalah pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA 2025, menyamai peranan pernah digalas Aifa pada Sukan Komanwel Birmingham 2023. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO: IG HK SQUASH & WORLD SQUASH OFFICIAL

Post navigation

Previous: Bangkitlah Malayan Tigress tebus kecewa
Next: Emas pertama Malaysia, Hoki 5s memang kelas dunia

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.