Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Bola Sepak

Bangkitlah Malayan Tigress tebus kecewa

podiumontour December 9, 2025 2 minutes read
Azurin Mazlan

PENJAGA GOL negara, Nur Azurin Mazlan berjabat tangan dengan Cornelli sewaktu aksi menentang Myanmar di Chonburi semalam (8 Disember). FOTO: MSN MALAYSIA

MALAYAN Tigress perlu melepaskan amarah dengan memberikan segala-galanya dengan menewaskan Filipina sekali gus menamatkan penantian 12 tahun untuk mencatat kemenangan di pentas Sukan SEA.

Secara matematiknya Malayan Tigress skuad bola sepak wanita negara masih berpeluang ke separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025 meskipun ia dilihat misi yang cukup mustahil.

Pintu seakan-akan sudah tertutup rapat susulan kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan B selepas tewas 0-3 kepada finalis edisi terdahulu, Myanmar semalam (8 Disember).

Sepanjang dua aksi di Chonburi, anak-anak buah Joel Cornelli masih belum meledak sebarang gol selepas membuka tirai dengan kekalahan besar 0-7 kepada juara bertahan empat edisi berturut-turut, Vietnam.

Bagaimanapun, kekalahan mengejut Vietnam kepada Filipina dengan keputusan 0-1 semalam secara tidak langsung kembali memberikan nafas buat skuad negara untuk cuba sedaya upaya dalam aksi terakhir pada Khamis (11 Disember).

Namun, ia tidak mudah kerana Malayan Tigress perlu menang lebih 16 gol tanpa bolos ke atas Filipina disebabkan jumlah perbezaan jaringan yang cukup besar dengan Vietnam yang kini di tangga kedua.

Ini disebabkan Vietnam mempunyai kelebihan enam perbezaan gol, manakala skuad negara dengan defisit -10 gol.

Malayan Tigress juga perlu mengharapkan bantuan pesta gol daripada Myanmar untuk menewaskan Vietnam dalam aksi terakhir yang mana senario itu tidak pernah berlaku sepanjang pertembungan antara kedua-dua pasukan yang biasanya berakhir kemenangan buat Vietnam.

Justeru, barisan pemain negara perlu turun dengan tekad mengalahkan Filipina meskipun peluang melangkah ke separuh akhir sebenarnya boleh dikatakan hampir mustahil untuk direalisasikan.

Sekurang-kurangnya ia mampu menjadi satu peningkatan daripada Malayan Tigress dan menamatkan kemarau kemenangan di Sukan SEA selepas kali terakhir ketika menewaskan Laos 3-1 sewaktu edisi 2013 di Mandalay, Myanmar.

Sejak itu, Malaysia tidak pernah menang dalam sembilan perlawanan selain hanya menjaringkan dua gol sepanjang tiga temasya pada Kuala Lumpur 2017, Manila 2019 dan Phnom Penh 2023 (tidak beraksi edisi Hanoi 2021). – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO: MSN MALAYSIA

Post navigation

Previous: Dian intai penjaring terbanyak hoki 5s
Next: Aifa mahu penamat 2025 julang Piala Dunia

Related Stories

Pahang Rangers
  • Bola Sepak

Pahang Rangers sasar permulaan sempurna MPFL 2026

podiumontour May 15, 2026
Intan
  • Bola Sepak

Bermain demi negara bukan kesilapan – Intan

podiumontour February 26, 2026
Malaysia
  • Bola Sepak

Malaysia tersingkir menerusi jumlah perbezaan gol

podiumontour February 26, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.