Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Dian intai penjaring terbanyak hoki 5s

podiumontour December 9, 2025 2 minutes read
Dian Nursyakira

DIAN (tengah) sudah meledak tujuh gol termasuk dua hatrik menentang Filipina dan Thailand pada Isnin (8 Disember). FOTO: MHC

PELUANG terbaik bintang skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara, Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa Nazeri menamatkan Sukan SEA Thailand 2025 dengan gelaran berganda sebagai pemenang pingat emas dan penjaring terbanyak temasya.

Dian ketika ini mendahului carta Kasut Emas dengan tujuh jaringan selepas meledak satu gol menewaskan Indonesia 5-3; hatrik membelasah Filipina 13-0 dan tiga gol sewaktu membenam Thailand 7-2.

Kecemerlangan bekas anggota skuad Piala Dunia Hoki 5s 2024 itu mengesahkan slot Malaysia ke separuh akhir, sekali lagi menentang Filipina di Stadium Hoki Royal Thai Air Force, Bangkok pada Rabu ini (10 Disember).

Pemain berasal dari Perak itu perlu terus menambah koleksi jaringannya kerana buat masa ini dia hanya berkelebihan satu gol ke atas penjaring kedua terbanyak dari Thailand, Anongnat Piresram.

Atas kertas, Malaysia dijangka tiada masalah melangkah ke final, berkemungkinan bertemu Thailand sekali lagi yang dijadualkan bertemu Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sebagai rekod, skuad 5s Wanita negara turun ke Bangkok dengan status sebagai pasukan keenam dunia di Piala Dunia Hoki 5s 2024.

Dian berjaya meledak lima gol sepanjang kejohanan yang menyaksikan skuad negara terlepas slot ke separuh akhir selepas tewas 4-6 kepada Afrika Selatan di suku akhir.

Kini, peluang terbaik buat Dian dan rakan sepasukannya membuktikan Malaysia sebagai kuasa hoki 5s yang baru pertama kali dipertandingkan di Sukan SEA dalam edisi ke-33. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Tiada belas ihsan, 31 gol dalam 3 aksi
Next: Bangkitlah Malayan Tigress tebus kecewa

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.