Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Benteng Speedy Tigers tak boleh cepat roboh

podiumontour August 13, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

AMIRUL bertekad memberikan prestasi terbaik untuk mengekang serangan demi serangan daripada Jerman dan Belgium nanti. - MHC

BERAKSI dalam kumpulan maut di pentas Piala Dunia 2026 tidak menghadirkan rasa gerun, sebaliknya meningkatkan motivasi pemain pertahanan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Muhammad Amirul Hamizan Azahar.

Amirul berpandangan ia satu peluang keemasan yang jarang berlaku kepada mana-mana pemain untuk meraih pengalaman menentang dua juara dunia seperti Jerman dan Belgium dalam satu kumpulan sama di Piala Dunia.

Meskipun menyedari realitinya cukup sukar tetapi pemain berusia 26 tahun itu sama sekali enggan menyerah kalah dan bersedia mempertahankan keutuhan benteng pertahanan Speedy Tigers agar tidak mudah roboh dalam dua aksi tersebut.

“Sebagai pertahanan atau mana-mana pemain sekalipun, kami akan turun berikan 100 peratus komitmen dalam padang. Malah, saya rasa siapa sahaja yang bermain di Piala Dunia ini akan cuba berikan yang terbaik.

“Kumpulan kita sukar tetapi sebenarnya ini satu motivasi dan peluang untuk bertemu pasukan-pasukan terbaik di dunia. Jadi kami perlu beri disiplin yang bagus di atas padang nanti.

“Dalam sukan hoki sentiasa ada elemen kejutan. Tak mustahil kami juga boleh lakukannya dan saya akan berusaha tampilkan aksi konsisten setiap kali diturunkan,” kata Amirul.

Edisi 2026 di Arena Hoki Belfius, Belgium ini kali ini bakal menjadi penampilan Piala Dunia kedua Amirul selepas beraksi di Bhubaneswar-Rourkela, India pada 2018.

Pemain dengan 86 kaps antarabangsa ini kembali dipanggil memperkuatkan Speedy Tigers selepas tersisih sewaktu kempen Piala Negara-Negara 2025-26 di Cape Town, Afrika Selatan pada Jun lalu.

Juara kejohanan itu, Perancis juga antara salah satu pasukan diundi bersama skuad kebangsaan kendalian Brendon Carolan selain Jerman dan Belgium dalam aksi Kumpulan B di Piala Dunia 2026. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Jerman juara bertahan Piala Dunia, Kejohanan Eropah
Next: Siapa bakal rebut gelaran raja pecut SUKMA 2026?

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.