Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Dekwan bersara? Terima kasih legenda

podiumontour April 2, 2026 1 minute read
Dekwan

DEKWAN masih lagi menjadi satu-satunya atlet yang berjaya memenangi pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara balapan. - IG RIDZUAN PUZI

ADAKAH bekas pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi atau Dekwan melabuhkan karier sebagai atlet kebangsaan?

Spekulasi mula timbul menerusi hantaran Instagram @manolimpik mengatakan tarikh 1 April 2026 adalah hari terakhir Dekwan di Bukit Jalil.

“Jasamu tetap dikenang, legasimu terus hidup. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kejayaan yang telah dilakar,” menurut hantaran @manolimpik.

Sama ada benar bersara ataupun tidak, Dekwan, 38, layak dianggap legenda sukan Malaysia atas pencapaiannya memenangi pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik.

Ketika itu, Dekwan menjuarai acara 100m kategori T36 (cerebral palsy) pada edisi Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil dengan catatan 12.07 saat.

Pelbagai kejayaan dilakar Dekwan sejak penampilan pertama di Sukan Para ASEAN 2011 hinggalah ke peringkat Asia dan dunia, termasuk pernah mencipta rekod dunia acara berkenaan dengan masa 11.87s.

Sehingga kini, jaguh dari Padang Besar, Perlis itu satu-satunya pelari pecut memenangi salah satu daripada lapan pingat emas Malaysia di Sukan Paralimpik. – PODIUM ON TOUR

Pemenang emas Sukan Paralimpik
🥇🥇Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh)
🥇🥇Cheah Liek Hou (badminton)
🥇🥇Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
🥇Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru)

KREDIT FOTO – IG RIDZUAN PUZI

Post navigation

Previous: Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
Next: C.R. Kumar ganti Nasihin kemudi Malaysian Tigress

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.