Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

8 rekod baharu VTF, impak penarafan World Athletics

podiumontour April 20, 2026 2 minutes read
VTF Jing Xuan

JING XUAN salah seorang daripada 8 atlet berjaya memecahkan rekod VTF pada Siri 1 di USM yang berakhir Ahad lalu. - SUKAN IPT

PENARAFAN World Athletics menjadi antara faktor memainkan peranan prestasi positif atlet hingga 8 rekod kejohanan lebur di Varsity Track & Field (VTF) 1 2026.

Ia sesuatu yang harus dipuji kerana VTF di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang berakhir Ahad lalu adalah aksi pembuka musim buat atlet Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mahupun atlet kebangsaan.

Selain itu, ramai juga atlet berjaya menghampiri catatan peribadi ataupun rekod kejohanan, menjadi bukti terbaik VTF mampu menyumbangkan sesuatu kepada arena olahraga negara.

Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Sukan), Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Hanafiah Ayub berkata, atlet masih dapat menunjukkan prestasi yang bagus biarpun VTF 1 berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“VTF dah edisi kelima tetapi masih lagi banyak rekod-rekod dipecahkan. Maknanya momentum dan kualiti olahraga di peringkat IPT berada di landasan yang betul.

“Kita rasa atlet kalau betul-betul dengan program yang ada ini, kita memang akan menyumbang banyak faedah kepada negara.

“Saya terima maklum balas positif apabila kita masuk (catatan VTF direkodkan) dalam World Athletics. Atlet untuk sesetengah acara, mereka mahu dapatkan merit untuk layak (kejohanan antarabangsa).

“Mereka mahu tahu tahap mereka apabila bertanding dalam pertandingan yang betul-betul kompetitif. Kita akan teruskan kerana ia satu perkara yang sangat membantu dalam penyertaan atlet,” katanya kepada Podium On Tour.

Hanafiah tanpa berselindung mengakui, lebih banyak rekod akan dipecahkan pada VTF 2 di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu dari 5 hingga 7 Jun nanti.

“Siri 2 nanti akan ada lebih banyak kejutan dari segi pencapaian. Sebab kalau kita tengok, ada beberapa universiti yang mempunyai atlet yang mungkin pada Siri 1 ini masih dalam fasa latihan, jadi mereka tidak sertai.

“Mungkin pada fasa kedua mereka sudah bersedia. Itu akan menambah lebih kualiti kepada program kita pada siri yang kedua nanti,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

8 rekod baharu VTF

10,000m lelaki
Nikos Tai Lee Onn (UM) – 32:51.44s

Lempar cakera lelaki
Jonah Chang Rigan (UM) – 50.71m

4x100m wanita
UPSI – 47.17s

4x100m lelaki
UPM – 40.52s

5,000m lelaki
Daren James Nair (HELP) – 15:42.24s

110m lari berpagar lelaki
Elvin Yap Zhi Xian (UPM) – 13.81s

Rejam lembing wanita
Ng Jing Xuan (SUNWAY) – 47.76s

4x400m lelaki
UPM 3:15.60s

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Elvin kini ranking No.1 Malaysia 110m berpagar
Next: Nora Lyana takluk Terbuka Thailand kali ketiga

Related Stories

Armin Zahryl
  • Olahraga

Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia

podiumontour July 13, 2026
Azeem 4x100m
  • Olahraga

Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?

podiumontour July 12, 2026
Armin Zahryl Rekod Malaysia
  • Olahraga

Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.