Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

C.R. Kumar ganti Nasihin kemudi Malaysian Tigress

podiumontour April 3, 2026 2 minutes read
Kumar

C.R. KUMAR (tengah) diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad wanita pada sidang akhbar MHC di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini (3 April).

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) melantik C.R. Kumar menggantikan Nasihin Nubli Ibrahim sebagai ketua jurulatih baharu skuad hoki wanita kebangsaan.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan, langkah proaktif itu perlu dibuat bagi memastikan skuad wanita negara berada dalam kelompok empat teratas Asia menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti.

Kumar yang ditawarkan kontrak dua tahun, bukanlah nama asing di Malaysia kerana pengendali dari India itu pernah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad hoki wanita negara dari 2002 hingga 2006.

“Nasihin menjalankan tugas dengan baik walaupun berdepan beberapa kekangan. Namun, skuad wanita masih tidak berada pada tahap kita mahukan kerana kita mahu sekurang-kurangnya empat terbaik di Asia.

“Jadi kita ada sedikit perubahan dari segi struktur kejurulatihan untuk wanita. Kumar dilantik menjadi ketua jurulatih wanita dan Nasihin pula sebagai ketua jurulatih remaja wanita.

“Kumar bukan orang baharu, pernah bersama skuad wanita sebelum ini dan ketika itu Nasihin adalah penolong jurulatihnya. Beliau memiliki karier dan pengalaman yang baik untuk membantu meningkatkan prestasi pasukan,” katanya.

Kumar mempunyai resume yang menarik dalam bidang kejurulatihan dengan membantu skuad remaja lelaki India menjuarai Piala Sultan Johor 2022 dan Piala Remaja Asia 2023 selain meraih tempat keempat Piala Dunia Remaja 2023.

Perubahan struktur kejurulatihan bakal menyaksikan kapten pasukan sebelum ini, Juliani Mohamad Din akan diserap dalam barisan kejurulatihan skuad wanita.

Selain merapatkan jurang dengan gergasi-gergasi Asia, Subahan juga mahukan skuad wanita terus membuktikan keunggulan dengan mendominasi Asia Tenggara terutamanya menjelang Sukan SEA 2027.

“Kita tak mahu menang 2-1 dengan Thailand, menang shoot-out, semua ni tak masuk akal. Kita perlu jauhkan diri, terus unggul di rantau ini dan rapatkan jurang dengan negara-negara Asia.

“Beliau ada perancangan untuk melakukannya. Saya berharap pasukan wanita akan lebih kuat dan menempa banyak kejayaan pada masa akan datang,” jelas Subahan. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Dekwan bersara? Terima kasih legenda
Next: Nasihin sanggup turun demi kemajuan hoki wanita

Related Stories

Arfah
  • Hoki

Arfah dedah koyak otot bahu, ambil risiko tunda pembedahan

podiumontour April 22, 2026
Shahril Hoki
  • Hoki

Dari rindu, kini Shahril antara pemain bersinar

podiumontour April 21, 2026
THT
  • Hoki

THT tak boleh tercicir mata kali ketiga berturut

podiumontour April 18, 2026

Recent Posts

  • Arfah dedah koyak otot bahu, ambil risiko tunda pembedahan
  • Negeri Sembilan julang trofi Piala Sumbangsih
  • VTF ada potensi seperti NCAA, model terbaik di ASEAN
  • Dari rindu, kini Shahril antara pemain bersinar
  • Rupanya Wardatul cedera ketika hatrik emas VTF
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.