Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Negeri Sembilan julang trofi Piala Sumbangsih

podiumontour April 22, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

PARA pemain N. Sembilan meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Sumbangsih di Seremban semalam (21 April). - SHOTBYKUI

HASRAT Negeri Sembilan kembali bergelar juara treble terus berada di landasan tepat selepas menjuarai Piala Sumbangsih aksi Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) 2026.

Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan 4-0 N. Sembilan ke atas pencabar utama, Malaysian University di Stadium Hoki Seremban 2 semalam (21 April).

Ketua jurulatih N. Sembilan, Shaiful Azli Abd Rahman menganggap barisan pemain mengambil setiap peluang yang ada sebagai kunci utama kejayaan itu.

“Alhamdulillah dengan kemenangan ini, cuma kami tak boleh terlalu selesa kerana masih ada kelemahan boleh diperbaiki.

“Selepas gol dalam suku pertama, kami terpaksa tunggu hingga suku ketiga untuk tambah jaringan. Kalau boleh kami perlu dapatkan jaringan lebih awal lagi,” katanya kepada Podium On Tour.

Empat gol N. Sembilan diperoleh menerusi dua jaringan Fatin Shafika Mahd Sukri dan masing-masing satu daripada Nur Afiqah Syahzani Azhar dan Siti Nur Arfah Mohd Nor.

N. Sembilan sememangnya pilihan utama kerana diperkuatkan 6 pemain kebangsaan:

Fatin Shafika Mahd Sukri
Siti Nur Arfah Mohd Nor
Nur Afiqah Syahzani Azhar
Noor Hasliza Md Ali
Nuramirah Syakirah Zulkifli
Siti Nur Atika Shaikh Maznan

N. Sembilan turut memiliki dua import India seperti Vandana Katariya yang pernah beraksi di Sukan Olimpik dan Jyoti Chhantri selain bekas-bekas pemain berpengalaman kebangsaan.

Malaysian University juga tidak kurang hebatnya kerana ada 12 pemain dalam kem kebangsaan, tidak termasuk 3 lagi yang tidak disenaraikan dalam aksi itu.

Pastinya, Malaysian University akan bangkit memburu kemenangan pertama menentang Perak di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh pada 23 April ini.

N. Sembilan pula akan bertemu MS Pahang yang tewas 0-3 kepada Terengganu di Kompleks Sukan Pahang, Kuantan semalam. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOTBYKUI

Post navigation

Previous: VTF ada potensi seperti NCAA, model terbaik di ASEAN
Next: Pembukaan musim terbaik, Jonah sedia ‘gegar’ Mokpo

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.