Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Dari rindu, kini Shahril antara pemain bersinar

podiumontour April 21, 2026 2 minutes read
Shahril Hoki

SHAHRIL (kiri) berjaya meledak hatrik dengan tiga gol padang ketika membantu Maybank menewaskan Thunderbolts 7-0 baru-baru ini. - IG NINICELOP76

NIAT hanya mahu menikmati musim terakhir sebelum bersara sepenuhnya tetapi sebaliknya berlaku apabila Muhammad Shahril Saabah antara pemain yang bersinar di pentas Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Biarpun sudah lama tak beraksi kompetitif, namun sentuhan penyudah Shahril seakan belum hilang apabila kini meledak 4 gol dalam tiga perlawanan bersama Maybank.

Ia termasuk hatrik jaringan padang Shahril ketika menewaskan TNB Thunderbolts 7-0 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 19 April yang lalu.

Shahril, 32, yang pernah dianggap pakar flik kebangsaan, tidak merasakan dirinya masih bagus, tetapi kerana bantuan rakan-rakan dan peluang diberikan oleh Maybank.

“Jujurnya tak jangka langsung boleh jaring 4 gol. Alhamdulillah rezeki, coach Gobi (Iman Gobinathan) bagi peluang ambil saya main untuk Maybank.

“Saya score bukan sebab saya hebat, tapi pasukan Maybank yang bagus. Semangat dan usaha mereka banyak bantu saya dari hari pertama, berat saya pun turun 5kg sepanjang latihan dengan Maybank.

“Mula-mula main nak hilangkan rindu hoki tapi sekarang saya main sebab semangat Maybank,” katanya kepada Podium On Tour.

Empat lagi jaringan Maybank ke atas Thunderbolts diperoleh menerusi dua gol Najmi Farizal Jazlan dan masing-masing satu daripada Kamarulzaman Kamaruddin serta Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini.

Secara keseluruhan, Shahril kini di tangga keempat penjaring terbanyak MHL 2026, di belakang Faizal Saari (6 gol), Jang Jong Hyun (5 gol) dan Najmi Farizal (4 gol).

Maybank akan teruskan aksi keempat MHL menentang UiTM HA-KPT di Bukit Jalil pada 26 April. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – IG NINICELOP76

Post navigation

Previous: Rupanya Wardatul cedera ketika hatrik emas VTF
Next: VTF ada potensi seperti NCAA, model terbaik di ASEAN

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.