Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Rupanya Wardatul cedera ketika hatrik emas VTF

podiumontour April 21, 2026 2 minutes read
Wardatul

WARDATUL menunjukkan tiga pingat emas dimenanginya pada saingan VTF 1 2026 di USM berakhir Ahad lalu.

RATU pecut Varsity Track & Field (VTF) 1 2026, Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka mendedahkan sebenarnya dia mengalami kecederaan lutut sebelum bermula kejohanan itu.

Namun, Wardatul enggan menjadikannya sebagai alasan dan tetap memberikan prestasi sehabis baik sepanjang tiga hari kejohanan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang itu dari 17 hingga 19 April lalu.

Hasilnya lumayan apabila penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berjaya meraih tiga pingat emas dalam acara 100 meter (m), 200m dan 4x100m.

Menariknya, catatan dilakukannya iaitu 11.97 saat (s) (100m) dan 24.74s (200m) menghampiri rekod peribadinya walaupun kedua-duanya tidak diiktiraf kerana menerima bantuan angin yang tinggi, +2.2ms (100m) dan +3.0ms (200m).

“Saya cedera lutut. Jadi saya sangat puas hati dan rasa berbaloi sebab saya tak bersedia nak buat catatan dekat sini. Alhamdulillah rezeki Allah bagi,” katanya kepada Podium On Tour.

Wardatul turun ke VTF edisi kelima kali ini dengan reputasi besar sebagai ratu pecut Grand Final VTF tahun lepas, dan dia berjaya menepati jangkaan tersebut apabila turut memecahkan rekod kejohanan 4x100m.

Atlet dari Kuala Nerus, Terengganu itu kini perlu meletakkan sasaran tinggi buat dirinya dengan menyasarkan rekod kejohanan untuk 100m dan 200m.

Buat masa ini, Zaidatul Husniah Zulkifli masih lagi memegang kedua-dua rekod berkenaan dengan catatan 11.89s (100m) dan 24.50s (200m).

VTF 2 akan berlangsung di Stadium Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu dari 5 hingga 7 Jun nanti. – PODIUM ON TOUR

Pencapaian Wardatul Huwaida
VTF 1 2026

100m
Emas – Wardatul Huwaida Mohd Hamka (UPSI) 11.97s
Perak – Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (UPM) 12.11s
Gangsa – Fatin Ilyana Mat Nayan (UPSI) 12.23s

200m
Emas – Wardatul Huwaida Mohd Hamka (UPSI) 24.74s
Perak – Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (UPM) 25.01s
Gangsa – Nur Izzati Eliana Suhaidi (UPSI) 25.62s

4x100m
Emas – UPSI 47.17s
Perak – UPM 48.74s
Gangsa – Politeknik Malaysia 50.08s

Post navigation

Previous: Nora Lyana takluk Terbuka Thailand kali ketiga
Next: Dari rindu, kini Shahril antara pemain bersinar

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.