Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Faizal ledak 5 gol, bantu THT belasah Pahang

podiumontour October 11, 2026 2 minutes read
Faizal Saari

FAIZAL berada di tahap terbaik dengan meledak lima gol menewaskan Pahang 6-0 hari ini.

KECEMERLANGAN Faizal Saari meledak lima gol mencuri tumpuan dalam kemenangan 6-0 Pasukan Hoki Terengganu (THT) ke atas Young Elephants Pahang pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 di Stadium Hoki UNITEN hari ini.

Semangat dan keyakinan Faizal berada di tahap tertinggi ketika ini sejak pulang daripada tugasan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang menyaksikan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan berjaya meraih pingat perak.

Ia juga membolehkan THT kembali ke landasan kemenangan selepas terdahulu diikat 3-3 oleh TNB Thunderbolts sewaktu aksi pertama pusingan kedua TNB MHL 2026 pada 9 Oktober lalu.

“Alhamdulillah saya berjaya jaringkan lima gol hari ini tetapi saya sebenarnya kurang berpuas hati kerana ada banyak peluang gagal disudahkan kepada jaringan.

“Namun, saya gembira kerana berjaya membantu kemenangan pasukan. Saya harap semua pemain dapat mengekalkan momentum ini untuk perlawanan seterusnya minggu depan,” kata Faizal.

Selain lima gol Faizal, satu lagi jaringan THT diperoleh menerusi Muhammad Amirul Haniff Mamat.

Setakat ini, Faizal mendahului tangga teratas dalam perebutan Anugerah Penjaring Terbanyak dengan 19 gol, satu jaringan mengatasi penyerang TNB Thunderstars, Azrai Aizad Abu Kamal.

Sementara itu, salah satu pencabar musim ini, Maybank mempamerkan kebangkitan pada lewat permainan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Maybank dikejutkan gol pembukaan daripada UiTM menerusi Muhammad Aiman Hakimi Mohd Badrul Hisham pada minit ke-35 sebelum Amirrullah Zainol mengikat kedudukan di hujung suku masa ketiga.

Dua gol di suku keempat melalui Mohamad Ashran Hamsani dan Shahmie Irfan Suhaimi masing-masing pada minit ke-53 serta 56 memastikan kemenangan 3-1 buat Maybank.

Perlawanan terakhir hari ini menyaksikan Armed Forces mencipta kejutan dengan menewaskan TNB Thunderbolts 1-0 hasil gol tunggal daripada Shafy Shafwan Huzzeini Sh Azran Huzzeini pada minit ke-56. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Malaysia naib juara Sukan Asia, lonjak No.12 dunia
Next: TNB Thunderstars terus menang besar, giliran Azrai ledak 4 gol

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.