Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Finalis Piala Dunia 2018 terlalu kuat buat Malaysia

podiumontour March 3, 2026 2 minutes read
piala dunia hoki

NURMAIZATUL Hanim Syafiq Sheik Fuad (kanan) cuba menyaingi pemain Ireland dalam aksi kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile awal pagi semalam. - FIH

SKUAD hoki wanita negara memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile dengan kekalahan 0-5 kepada Ireland awal pagi tadi (3 Mac).

Ireland yang berstatus naib juara Piala Dunia 2018 ternyata terlalu kuat ditandingi oleh Malaysian Tigress sepanjang 60 minit aksi pertama.

Kesilapan demi kesilapan dilakukan juga menjadi antara faktor Ireland, No.13 dunia, mendominasi keseluruhan permainan termasuk 14 pukulan sudut penalti (PC) dan satu penalti stroke yang gagal disudahkan apabila terkena tiang dalam suku keempat.

Ketua jurulatih skuad negara, Nasihin Nubli Ibrahim tetap memuji persembahan barisan pemain negara yang berjaya mengekang Ireland daripada menjaringkan lebih banyak gol terutama pada awal permainan.

“Kita bermula dengan baik sebenarnya dan memang sudah jangka Ireland akan bermain dengan tempo yang laju. Kali terakhir Ireland beraksi pun mereka berjaya tewaskan Australia 4-1.

“Jadi kita sudah kaji permainan mereka. Walaupun mereka kuat tetapi kesilapan dan kurang disiplin menyebabkan mereka menghukum kita.

“Sekarang saya harap pemain gunakan tempoh rehat yang ada ini sebelum bertemu Kanada untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Sepanjang enam aksi termasuk hari ini, Malaysian Tigress tak pernah menewaskan Ireland dengan pertemuan terakhir kalah 1-2 Series Final 2019.

Selepas ini, Malaysian Tigress akan bertemu Kanada, 4 Mac (2am waktu Malaysia), yang tewas 0-4 kepada Jepun aksi pertama ini. – PODIUM ON TOUR

Keputusan

Ireland 5 – 0 Malaysia

21′ FG Kathryn Mullan
24′ PC Caoimhe Perdue
34′ FG Sarah McAuley
37′ FG Michelle Carey
40′ FG Roisin Upton

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Speedy Tigers jatuh ranking dunia, No.14
Next: Sejarah tercipta, Malaysian Tigress belasah Kanada

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.