Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Sejarah tercipta, Malaysian Tigress belasah Kanada

podiumontour March 4, 2026 2 minutes read
Malaysian Tigress

AFIQAH (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas meledak gol peribadi kedua dalam kemenangan 6-1 ke atas Kanada hari ini. - FIH

MALAYSIAN Tigress membuktikan potensi sebenar mereka dengan merakam kemenangan bersejarah di pentas Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile.

Lebih manis, skuad hoki wanita negara seakan tidak terkesan dengan kekalahan besar 0-5 kepada Ireland dalam aksi pembukaan semalam (3 Mac) apabila kali ini bangkit membelasah Kanada 6-1 hari ini (4 Mac).

Menariknya, ini juga kemenangan pertama Malaysian Tigress yang berada di ranking ke-21 dunia dalam lima pertemuan menentang Kanada (No.22 dunia) selepas kali terakhir bertemu berkesudahan tewas 0-3 pada 2024.

Apa yang lebih membanggakan adalah kejayaan Malaysian Tigress meraih tiga gol menerusi pukulan sudut penalty (PC) menerusi Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin (m9), Nuramirah Shakirah Zulkifli (m39) dan Fatin Shafika Sukri (m46).

Malaysian Tigress Afiqah Syahzani
AFIQAH (kanan) beraksi cemerlang apabila meledak dua gol memastikan kemenangan 6-1 ke atas Kanada hari ini. – FIH

Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim itu turut meraih tiga jaringan padang, dua daripada Nur Afiqah Syahzani Azhar (m20, m28) dan Zati Alyani Muhammad Zubir (m36).

“Ini adalah pencapaian terbaik Malaysia yang mana ia adalah jaringan terbesar kita ke atas Kanada.

“Disiplin yang tinggi daripada taktikal pemain, berbeza dengan semalam (tewas 0-5 kepada Ireland). Nampak kehendak pemain walaupun ini adalah kejohanan kedua selepas Sukan SEA Thailand,” kata Nasihin.

Malaysian Tigress
BARISAN pemain negara kembali membuka peluang untuk mara ke separuh akhir hasil kemeanngan 6-1 ke atas Kanada hari ini. – FIH

Kemenangan itu amat bermakna buat arena hoki wanita tanah air kerana ini adalah penampilan pertama Malaysian Tigress di pentas Kelayakan Piala Dunia Hoki.

Kejayaan itu pastinya menyemarakkan semangat dan meningkatkan keyakinan barisan pemain yang rata-ratanya masih muda, dalam persediaa mereka ketika ini untuk mencapai pencapaian lebih besar pada masa depan.

Ia juga menjadi satu suntikan moral terbaik buat Malaysian Tigress yang kembali membuka peluang untuk mara ke separuh akhir dengan syarat menewaskan jaguh Asia, Jepun, meskipun ia sukar, dalam aksi terakhir Kumpulan B pada 6 Mac ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Finalis Piala Dunia 2018 terlalu kuat buat Malaysia
Next: Jackie, raja pemecah rekod masih lagi relevan

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.