Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Hamstring punca Ashran digugurkan

podiumontour February 27, 2026 1 minute read
Ashran

ASHRAN (kiri) terlepas untuk beraksi pada Kelayakan Piala Dunia 2026 disebabkan kecederaan hamstring. - MHC

KECEDERAAN hamstring menjadi faktor utama Ashran Hamsani tiada dalam senarai akhir 18 pemain ke Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 7 Mac ini.

Pemain tengah itu mengalami kecederaan berkenaan dalam sesi latihan Speedy Tigers sebelum aksi pemanas badan menentang Mesir dan Jepun.

“Saya langsung tak boleh main. Sekarang buat sesi rehab di sini,” katanya kepada Podium on Tour.

Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Adam Ashraf Johari pula diletakkan dalam senarai menunggu yang hanya akan dimasukkan jika mana-mana 18 pemain cedera semasa kejohanan.

Speedy Tigers akan memulakan kempen Kumpulan B menentang Austria pada 1 Mac (7pm waktu Malaysia) di Stadium Hoki Suez Canal.

Selepas itu bertemu Pakistan dan China dalam misi merebut Top 3 kejohanan untuk layak ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda, Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

SENARAI AKHIR 18 PEMAIN

Hafizuddin Othman
Adrian Andy Albert
Marhan Jalil
Amirul Hamizan Azhar
Faiz Helmi Jali
Andywalfian Jeffrynus
Syed Syafiq Cholan
Syarman Mat Tee
Fitri Saari
Nik Aiman Rozemi
Shello Silverius
Shafiq Hassan
Muhajir Abdu Rauf
Azrai Aizad Abu Kamal
Norsyafiq Sumantri
Akhimullah Anuar Esook
Faizal Saari
Danish Aiman Khairul Anuar

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Hakim Danish dapat pujian, jentera hampir terbabas
Next: Azeem alih fokus ke acara 100m outdoor

Related Stories

Speedy Tigers Nabil Irfan
  • Hoki

Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers

podiumontour May 18, 2026
Negeri Sembilan
  • Hoki

Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki

podiumontour May 17, 2026
Maybank hoki
  • Hoki

Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah

podiumontour May 16, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.