Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Hakim Danish dapat pujian, jentera hampir terbabas

podiumontour February 27, 2026 1 minute read
Hakim Danish

HAKIM Danish akan membuat kemunculan penuh dalam saingan Moto3 MotoGP musim 2026 ini. - ZK RACING 

AKSI pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengawal jentera daripada terbabas mencuri tumpuan ramai pada sesi latihan Grand Prix (GP) Thailand semalam (27 Feb).

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu hampir terbabas disebabkan kekurangan cengkaman tayar depan ketika sedang membelok pada sesi latihan di Litar Buriram.

Kecekapan Hakim Danish, 18, itu mendapat pujian bukan sahaja pengulas, tetapi seluruh komuniti permotoran tempatan dan global.

Sesi latihan bebas petama menyaksikan Hakim Danish mencatat masa sepusingan terbaik 1 minit 42.584 (No.17) & sesi kedua 1:42.084 saat (No.22).

Sesi kelayakan Moto3 akan berlangsung hari ini (28 Feb) bagi menentukan petak permulaan untuk GP Thailand esok (1 Mac). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ZK RACING

Post navigation

Previous: Intelligent play Shello ditagih Speedy Tigers
Next: Hamstring punca Ashran digugurkan

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.