Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Intelligent play Shello ditagih Speedy Tigers

podiumontour February 27, 2026 1 minute read
Shello

SHELLO antara watak penting buat skuad hoki negara pada Kelayakan Piala Dunia kali ini. - MHC

INTELLIGENT gameplay yang dimiliki oleh Shello Silverius amat penting buat Speedy Tigers pada kempen Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 7 Mac ini.

Ketenangan dan kebijaksanaan hantaran bola yang boleh memecahkan struktur pertahanan lawan selain juga berkebolehan melakukan deflection dalam situasi pukulan sudut penalti (PC).

Ia terbukti menerusi satu gol PC ketika seri 2-2 dengan Jepun dalam aksi pemanas badan terakhir di Stadium Hoki Suez Canal semalam (26 Feb).

Shello, 25, yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Pengurusan Tenaga di Uniten ini pastinya bakal menjadi aset penting berdepan Austria, Pakistan dan China.

Berdasarkan tiga lawan dalam Kumpulan B itu, Shello dengan 22 senior gol daripada 85 penampilan antarabangsa, paling gemar beraksi menentang Pakistan sebanyak lapa kali.

Daripada lapan itu, Shello meledak tiga gol padang ketika seri 1-1 (PSAS 2022); menang 3-1 (ACT 2023) dan tewas 4-5 (PSAS 2024).

Pastinya impak yang cukup positif daripada Shello ditagih kem negara bagi memastikan Speedy Tigers menyambar tiket ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda, Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Tiba masanya hoki pamer belang sebenar
Next: Hakim Danish dapat pujian, jentera hampir terbabas

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.