Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kebangkitan epik Territory Stingers ke final

podiumontour May 15, 2026 2 minutes read
Territory Stingers

PERIS (dua dari kanan) meraikan jaringan penyamaan Ralph dalam aksi separuh akhir Piala Vivian menentang Malaysian University di Stadium Hoki Nasional. - MHC

TERRITORY Stingers enggan pulang tangan kosong ke Australia apabila mara ke final Piala Vivian May Soars 2026 selepas mengecewakan finalis musim lalu, Malaysian University-UNITEN.

Kejayaan bersejarah itu tidak hadir dengan mudah apabila mereka yang terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua gol, untuk mencatat kemenangan 3-1 menerusi penentuan penalti shoot-out setelah terikat 3-3 dalam masa sebenar.

Pada aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu, Territory Stingers dikejutkan gol awal Malaysian University daripada Siti Zulaikha Husain seawal minit pertama sebelum Hope Ralph mengikat kedudukan beberapa saat kemudian.

Skuad bimbingan Ikmal Abdul Jabar itu terus menguasai perlawanan dengan tambahan dua lagi gol menerusi Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri dan Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad pada minit ke-34 serta 42.

Territory Stingers
REBECCA Baker (kiri) antara pemain yang mengambil penalti shoot-out menentang Malaysian University di Stadium Hoki Nasional.

Bagaimanapun, dua gol daripada pakar flick Australia, Penny Squibb pada minit ke-55 dan 56 berjaya mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out sebelum mereka menang 3-1.

Kecemerlangan penjaga gol, Jordan Bliss menjadi antara watak utama Territory Stingers kerana berjaya menutup ruang dan menyukarkan pemain-pemain Malaysian University untuk menyudahkan shoot-out.

Ketenangan dan pengalaman Brooke Peris yang pernah bermain di tiga pentas Olimpik, menyudahkan penalti shoot-out terakhir untuk membawa Territory Stingers mara ke final.

Mereka bakal membuat perhitungan belum selesai dengan juara berganda, Negeri Sembilan pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Ahad ini (17 Mei). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Negeri Sembilan selangkah lagi menang treble
Next: Pahang Rangers perkukuh modenisasi kelab

Related Stories

Dheeressh piala remaja asia
  • Hoki

Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu

podiumontour August 30, 2026
Sukan Asia
  • Hoki

Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia

podiumontour August 28, 2026
Piala Dunia
  • Hoki

Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers

podiumontour August 28, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.