Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Negeri Sembilan selangkah lagi menang treble

podiumontour May 14, 2026 2 minutes read
Negeri Sembilan

BARISAN pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka melangkah ke pentas final Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Hoki Nasional. - SHOTBYKUI

NEGERI Sembilan menepati ramalan mara ke final Piala Vivian May Soars menerusi kemenangan 3-0 ke atas Terengganu dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

BARISAN pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka melangkah ke pentas final Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Hoki Nasional. – SHOTBYKUI

Kejayaan itu menyaksikan Negeri Sembilan kini selangkah lagi untuk mendakap kejuaraan treble selepas menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2026.

Dalam aksi itu, Negeri Sembilan tidak diberikan laluan mudah apabila terpaksa menunggu sehingga minit ke-21 untuk membuka tirai jaringan menerusi gol padang import dari India, Vandana Katariya pada minit ke-21.

Gol tersebut memberikan semangat baharu kepada Negeri Sembilan apabila berjaya menggandakan kedudukan berselang lapan minit kemudian menerusi Nuramirah Shakirah Zulkifli dalam situasi pukulan sudut penalti pada minit ke-29.

Pujian harus diberikan kepada Terengganu yang beberapa ketika berjaya menghadirkan ancaman kepada kubu Negeri Sembilan di babak kedua.

Pengalaman luas kapten Terengganu, Juliani Mohamad Din juga antara faktor Negeri Sembilan gagal menambah jaringan sehinggalah di minit terakhir permainan.

Gol ketiga Negeri Sembilan itu hadir menerusi gerakan pukulan sudut penalti yang berjaya ditampan masuk Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-60.

Di final pada Ahad ini, Negeri Sembilan akan berdepan kelab Australia, Territory Stingers yang menewaskan Malaysian University-UNITEN 3-1 menerusi penentuan penalti shoot-out setelah kedua-dua terikat 3-3.

Ia pastinya satu pertembungan menarik memandangkan kedua-dua pasukan hanya sempat beraksi 30 minit kerana aksi terpaksa ditamatkan awal disebabkan faktor kilat menyaksikan Negeri Sembilan menang 2-0 ketika itu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SHOTBYKUI

Post navigation

Previous: KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua
Next: Kebangkitan epik Territory Stingers ke final

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.