Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kerjasama SAS, NF Hockey tuai hasil, layak SBP Kebangsaan

podiumontour April 18, 2026 2 minutes read
NF Hockey SAS

BARISAN pemain dan kejurulatihan SAS bergambar selepas menjuarai Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah 1 semalam (17 April). - LET'S PLAY PERFORMANCE

SEKOLAH Sultan Alam Shah (SAS) terus berada dalam kelas tersendiri apabila buat kali kedua berturut-turut layak ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2026 pada Julai ini.

Ia hasil kejayaan SAS menjuarai Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah 1 berlangsung di Stadium Hoki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) berakhir semalam (17 April).

Antara kunci utama kejayaan tersebut adalah kerjasama pembangunan hoki antara SAS dengan NF Hockey dan Let’s Play Performance dari segi pendedahan hoki prestasi tinggi buat para pelajar.

Ia satu pendekatan menarik kerana NF Hockey diasaskan oleh bekas tonggak skuad hoki kebangsaan, Nabil Fiqri Mohd Noor sekali gus membolehkan para pemain dapat merasai pengalaman standard sebenar hoki berprestasi tinggi.

Bukan itu, NF Hockey turut mempunyai dua jurulatih berkelas antarabangsa iaitu pakar flik yang juga bekas kapten Speedy Tigers, Muhammad Razie Abd Rahim dan bekas penyerang lincah kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.

Kem latihan SAS Bersama NF Hockey selama tiga hari di Universiti Pendidikan Sultan Idris dari 3 hingga 5 April lalu secara tidak langsung membantu kejayaan pasukan layak ke Kejohanan Hoki SBP Kebangsaan 2026.

“Pemain dapat mengasah bakat dan potensi melalui struktur yang dibangunkan setanding dengan standard program hoki kebangsaan. Sekurang-kurangnya pemain dapat merasai pengalaman berlatih seperti pemain kebangsaan.

“Melalui program ini dapat membuktikan pemain mempunyai semangat juang yang tinggi serta berusaha untuk bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran.

“Disiplin, daya tahan dan komitmen yang ditunjukkan amat membanggakan sepanjang program. Tidak mustahil kita dapat mencungkil bakat-bakat baharu daripada hoki SBP ke satu tahap lebih tinggi,” kata Nabil kepada Podium On Tour.

SAS muncul juara Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah 1 selepas menang 2-1 menerusi penentuan shoot-out ke atas Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (INTESABER) di perlawanan akhir.

Perjalanan SAS di peringkat kumpulan bermula kemenangan 1-0 ke atas Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) hasil pukulan sudut penalti (PC) Uqail Aydin sebelum menang 4-0 ke atas SBPI Gombak (INTEGOMB).

Empat gol SAS diperoleh menerusi dua penyudah PC Aisy Farhan dan masing-masing dua jaringan padang daripada Muhammad Affan serta Hadeef Ad-Din.

Dua gol daripada Aisy dan Ammar Faris memastikan SAS menewaskan SBPI Rawang (SEPINTAR) 2-0 di separuh akhir sebelum menakluk gelaran kali ini dengan kemenangan ke atas INTESABER. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – LET’S PLAY PERFORMANCE

Post navigation

Previous: Keputusan sukar Andre demi masa depan
Next: Danish Iftikhar raja pecut VTF 1 2026

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.