Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Danish Iftikhar raja pecut VTF 1 2026

podiumontour April 18, 2026 1 minute read
Danish VTF

DANISH (tengah) menjuarai acara 100m VTF 1 2026 dengan catatan masa 10.46s di USM semalam (17 April). - SUKAN IPT

BINTANG olahraga muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menepati ramalan apabila muncul raja pecut Varsity Track & Field (VTF) Siri 1 2026.

Danish memastikan gelaran reben biru VTF 1 menjadi miliknya dengan catatan 10.46 saat (s) pada final di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semalam (17 April).

Ia boleh dianggap permulaan musim 2026 yang memberangsangkan buat penuntut dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sejak menutup kempen tahun lalu dengan dua pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025.

Bagaimanapun, pelari berusia 19 tahun dari Johor itu tidak diberikan laluan mudah apabila dicabar sengit pemenang pingat perak mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Amir Aiman Mohd Kamaruddin.

Amir Aiman mencatat masa 10.49s sementara tempat ketiga mnejadi milik seorang lagi pelari UPM, Reeve Kua Man Hong dengan masa 10.58s.

Pastinya kejayaan itu membakar semangat Danish untuk memburu pingat emas kedua apabila turun membakar trek USM untuk acara 200m esok (19 April) berdasarkan statusnya sebagai pemegang rekod 200m kebangsaan dengan masa 20.73s.

Untuk info, Danish adalah pemegang rekod 100m kejohanan menerusi catatan 10.32s yang diciptanya sewaktu VTF 2 di Universiti Sultan Zainal Abidin tahun lalu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – SUKAN IPT

Post navigation

Previous: Kerjasama SAS, NF Hockey tuai hasil, layak SBP Kebangsaan
Next: Ratu pecut VTF 1 2026 milik Wardatul Huwaida

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.