Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

‘Dilema’ ratu kumite di Kejohanan Dunia

podiumontour November 20, 2025 2 minutes read
Shahmalarani Karate

SHAHMALARANI (tengah) bakal turun menghadapi Kejohanan Dunia terlebih dahulu sebelum ke Sukan SEA Thailand 2025.

RATU kumite negara, C. Shahmalarani perlu memastikan dirinya bebas tanpa sebarang kecederaan apabila turun ke Kejohanan Dunia di Kaherah, Mesir dari 27 hingga 30 November ini.

Bagaimanapun, ia bukan perkara mudah kerana seseorang atlet tempur itu pastinya akan turun memberikan segala-galanya dalam gelanggang biarpun jika terpaksa bertarung dalam keadaan sakit.

Lebih-lebih lagi ini bakal menjadi penampilan pertama Shahmalarani di Kejohanan Dunia dan pastinya karateka No. 10 dunia ini mahu meninggalkan impak yang hebat menentang lawan-lawan handalan di peringkat tertinggi.

Selepas pulang daripada Kejohanan Dunia, Shahmalarani bakal menggalas satu lagi tanggungjawab besar kersama kontinjen negara menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan 9 hingga 20 Disember ini.

Ini disebabkan status atlet berusia 26 tahun itu sebagai ratu kumite bawah 50 kilogram (kg) di rantau Asia Tenggara selepas memenangi pingat emas dua edisi Sukan SEA berturut-turut pada Hanoi 2021 dan Kemboja 2023.

SHAHMALARANI menunjukkan pingat emas dimenanginya pada Kejohanan WKF Karate 1 – Series A Kuala Lumpur 2025 bulan lalu.

Dalam masa sama, Shahmalarani turut membantu kumite berpasukan wanita meraih gangsa pada edisi Kemboja 2023 bersama P. Madhuri, Shree Sharmini Segaran dan Siti Nur Azwani Nor Azli.

Musim 2025 boleh dianggap kempen cemerlang buat Shahmalarani selepas menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk meraih pingat perak Kejohanan Karate Asia (AKF) di Tashkent, Uzbekistan pada Mei lalu.

Walaupun tidak dapat menghadiahkan emas selepas tewas 1-7 kepada atlet tuan rumah, Gulshan Alimardanova di pentas final tetapi kejayaan itu pastinya mampu meningkatkan keyakinan Shahmalarani.

Bukan itu sahaja, Shahmalarani juga masih segar dengan kejayaannya menjuarai Kejohanan WKF Karate 1 – Series A Kuala Lumpur 2025 di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan bulan lalu. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MAKAF

Post navigation

Previous: Skechers tambah ‘power’ ke Sukan SEA Thailand
Next: Kesilapan sendiri punca Speedy Tigers seri

Related Stories

Syamimi Amalia Hyrox
  • Sukan Lain

Syamimi Amalia tak menyesal pilih Hyrox

podiumontour May 15, 2026
KL Wildcats NSL
  • Sukan Lain

KL Wildcats masih kekal reputasi, buru podium kedua

podiumontour May 14, 2026
Maisarah NSL
  • Sukan Lain

Maisarah mahu trofi kedua buat Terengganu Marvels

podiumontour May 13, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.